|
TIPS TEMUDUGA
6
Mitos No. 6: Kalau jawapan anda
adalah lebih baik dari yang lain, anda akan ditawarkan kerja
Kebolehan untuk menjawab dengan
terang dan jelas semasa ditemuduga amatlah mustahak, dan
kegagalan untuk berbuat demikian bermakna anda tidak akan
berjaya mendapat tawaran kerja. Walaubagaimanapun, temuduga
– seperti yang telah kita lihat – adalah lebih dari hanya
menjawab dengan betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang
meyakinkan penemuduga yang anda adalah seorang yang mesra
untuk bekerja. Dengan lain perkataan, ia tidak memberi
apa-apa faedah berapa baik jawapan anda secara teknikalnya,
seandainya penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak akan
berpeluang mendapat tawaran pekerjaan (kecuali bakat anda
adalah hebat, amat sukar di temui ataupun penemuduga itu
adalah tersepit).
Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa
temuduga adalah dengan memberi jawapan yang betul. Temuduga
juga adalah tentang menzahirkan hubungan silatulrahim yang
baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang selamat
di dalam hal ini, terdapat perkara-perkara yang anda boleh
lakukan (dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan)
yang boleh membawa anda lebih jauh untuk memperbaiki
kemahiran anda di dalam semua aspek temuduga.
Tips Temuduga 1
Tips Temuduga 2
Tips Temuduga 3
Tips Temuduga 4
Tips Temuduga 5
Tips Temuduga 6
Tips Temuduga 7
Tips Temuduga 8
Tips Temuduga 9
Tips Temuduga 10
Ringkasan Penting
|
|