TIPS TEMUDUGA
2
Mitos No. 2: Temuduga adalah seperti
mengambil peperiksaan di sekolah – lebih banyak anda berkata,
lebih baik prestasi anda.
Benar, temuduga ada sedikit
persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta menjawab
soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah
persamaan itu berakhir. Tidak seperti peperiksaan, di mana
banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah
berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang
baik dan pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas
dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu terlalu terperinci.
Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang
boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi
fakta yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila
hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran yang patut
ada pada semua calon temuduga.
Berbeza dengan peperiksaan, dalam
temuduga selalunya tidak ada jawapan yang betul atau salah.
Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari
latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas
semua tindakan anda dan bercakaplah tentang percapaian anda
dengan penuh yakin.
Tips Temuduga 1
Tips Temuduga 2
Tips Temuduga 3
Tips Temuduga 4
Tips Temuduga 5
Tips Temuduga 6
Tips Temuduga 7
Tips Temuduga 8
Tips Temuduga 9
Tips Temuduga 10
Ringkasan Penting
|
|