KUNCI TEMUDUGA
Ringkasan kata-kunci tips
temuduga
Orang yang
terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan
memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga
yang terbaik akan memenanginya.
Temuduga adalah
lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia
juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.
Bukan semua
penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda adalah
untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang
baik dan tidak.
Adalah lebih
baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui
daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan
kebodohan dan tidak cerdik anda.
Mereka yang
kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan - mungkin
di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya,
majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor
luaran.
Percubaan untuk
memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah buat
anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan
bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang
tepat; kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.
Jangan bertanya
soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda
benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa
temuduga.
Temuduga adalah
peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa. Penemuduga
akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif
sekiranya mereka tidak nampak begitu.
Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan
anda. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang
jelas tentang siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang
mempertahankan diri. Adalah lebih baik anda berfikiran
bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk
menyerlahkan diri anda.
Tips Temuduga 1
Tips Temuduga 2
Tips Temuduga 3
Tips Temuduga 4
Tips Temuduga 5
Tips Temuduga 6
Tips Temuduga 7
Tips Temuduga 8
Tips Temuduga 9
Tips Temuduga 10
|