|
TIPS TEMUDUGA
3
Mitos No. 3:
Penemuduga tahu apa yang mereka buat.
Sesetengah penemuduga
amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya
mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh
masa(sekiranya mereka tidak letih dengan kerja). Sebaliknya,
kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil
menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang
sering mereka lakukan. Sebahagian dari contoh
temuduga yang tidak baik adalah :-
Ø
mereka sahaja yang banyak
bercakap
Ø mereka
kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima
minit pertama temuduga dijalankan
Ø mereka
nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit
Ø telefon
mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa sesi temuduga
Ø mereka
kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja
tersebut pada anda
Sebahagian dari temuduga yang baik
ialah:-
Ø mereka
telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur
Ø mereka
ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah
melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya
Ø mereka
membiarkan anda yang banyak bercakap
Ø mereka
ingin menemuduga anda lebih dari sekali
Ø mereka
sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa
Ø mereka
secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran
dan suka pada sikap anda
Penemuduga yang tidak berpengalaman
selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat dan dengan
mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang
tidak ada kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan
kerja. Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang
tidak berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan yang
baik – ataupun dibenarkan anda untuk bercakap tentang
kemahiran yang menyeronokkan dan berkualiti. Ambillah sikap
yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang
perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu.
Walaubagaimanapun situasi begini tidak selalu berlaku –
terutama sekali jika anda ditemuduga oleh seseorang yang
bersikap paksaan begitu, jangan panik. Katakan pada diri
anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di
mana ia hanyalah sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju
sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang terbaik –
penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang
bersetuju dengan pendapat mereka.
Tips Temuduga 1
Tips Temuduga 2
Tips Temuduga 3
Tips Temuduga 4
Tips Temuduga 5
Tips Temuduga 6
Tips Temuduga 7
Tips Temuduga 8
Tips Temuduga 9
Tips Temuduga 10
Ringkasan Penting
|