|
TIPS TEMUDUGA
10
Mitos No. 10: Penemuduga
mencari kecelaan
Mitos yang berbahaya ini akan
membawa para penemuduga untuk mengamalkan sikap
mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa
menemuduga. Sekiranya anda percaya yang penemuduga anda
sedang tekun mencari kecelaan anda, besar kemungkinannya
akan melemahkan percubaan anda untuk membentuk hubungan
erat dan kepercayaan yang penting. ia juga boleh menghalang
anda untuk terbuka dan memberi jawapan yang baik. Percayalah
bahawa kebanyakan tidak menyediakan soalan-soalan dengan
harapan untuk mencari kecelaan anda. Soalan-soalannya
selalunya sudah disiapkan dengan harapan untuk memberi
gambaran keseluruhan secara mendalam tentang apa yang si
penemuduga boleh menyumbang kepada syarikat. Seorang
penemuduga yang baik akan dapat menyingkap kelemahan anda
tetapi ianya amatlah jauh berbeza dengan apa yang anda fikir
bahawa penemuduga hanya mencari jawapan yang menampakkan
kecelaan anda.
Ia amatlah mustahak untuk
menganggap tiap-tiap soalan itu adalah satu peluang untuk
menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk melindungi
yang tidak perlu. Ia hanyalah untuk menjawab soalan-soalan
untuk menunjukkan betapa bagusnya anda. Menganggap yang
soalan-soalan tersebut adalah objek syak-wasangka tidak akan
masuk akal langsung.
Memahami mitos di persekitaran
temuduga akan memberi permulaan yang baik. Ingatlah,
temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup: memahaminya
secara mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai
kejayaan. Pemahaman secara mendalam tentang mitos di dalam
temuduga akan memberi anda satu senjata dengan informasi
yang anda perlukan untuk mengelak diri anda daripada
terjerumus ke dalam perangkap yang mengecewakan. Sama
pentingnya, satu gambaran yang jelas tentang temuduga akan
membuat anda lebih bersedia dan dapat menyumbangkan
keyakinan dan persembahan anda.
Tips Temuduga 1
Tips Temuduga 2
Tips Temuduga 3
Tips Temuduga 4
Tips Temuduga 5
Tips Temuduga 6
Tips Temuduga 7
Tips Temuduga 8
Tips Temuduga 9
Tips Temuduga 10
Ringkasan Penting
|