TIPS TEMUDUGA
1
Mitos No. 1: Calon yang paling layak
akan dapat tawaran kerja.
Kerapkali ada kebenarannya
tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu
mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat
yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya
seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan
tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi
(itupun bukan satu jaminan).
Ini termasuk :-
Ø
penemuduga mahir tentang apakah
bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka
tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima.
Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang
sebahagian besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga
itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada
pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali mereka tidak
membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.
Ø
penemuduga tidak mungkin
tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat
lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga.
Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi
walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.
Ø
calon temuduga telah mempelajari
bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan
jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh
menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
Ø tidak
akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga
dan calon temuduga.
Ø
kedua-dua pihak tidak berhadapan
dengan apa-apa masalah.
Sesetengah majikan – selalunya yang
telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada
masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan
pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari
berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak
membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon,
tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak
mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu analisis telah
dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu
jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk
membuat keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang
dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih
kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun
berusaha untuk menjauhinya.
Di dalam dunia yang unggul ini, calon
yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya;
sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi
terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran
yang dapat diambil dari sini ialah :
Ø
jangan secara otomatik menarik
diri dari memohon sesuatu jawatan jika sekiranya anda dapat
tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan
yang sama. Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat
persediaan yang secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan
menjadi calon pilihan – terutamanya apabila calon yang
seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa
persediaan untuk menghadiri temuduga.
Ø
jika sekiranya anda mendapat
tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan tersebut jangan
sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah
berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang
amat menakutkan. Ambil masa untuk membuat persediaan dengan
teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda telah
tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa
menghadapi temuduga.
Tips Temuduga 1
Tips Temuduga 2
Tips Temuduga 3
Tips Temuduga 4
Tips Temuduga 5
Tips Temuduga 6
Tips Temuduga 7
Tips Temuduga 8
Tips Temuduga 9
Tips Temuduga 10
Ringkasan Penting
|