|
TIPS TEMUDUGA
4
Mitos No. 4: Jangan sekali-kali
mengatakan ”Saya tidak tahu”
Temuduga adalah berkisar tentang
tanggapan yang positif dengan menjawab soalan-soalan dengan
bijak dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penemuduga.
Di penghujungnya, ramai calon merasakan yang mereka
hendaklah memberi jawapan yang tepat kepada setiap soalan
yang dikemukakan, tanpa mengira samada benar-benar
mengetahui jawapannya. Jelaslah,temuduga yang hebat adalah
di mana anda dapat menjawab semua soalan (dan anda
semestinyalah dapat melakukannya seandainya anda mengambil
sedikit masa untuk menyediakannya dengan betul); sebaliknya
jika anda tidak mengetahui akan sesuatu jawapan, adalah
lebih elok anda mengakuinya daripada berpura-pura
mengetahuinya atau mula bercakap berjela-jela tanpa
mengetahui kewajarannya. Kebanyakan penemuduga dapat
merasakan omong kosong anda sejak mula lagi dan mereka tidak
suka kerana beberapa sebab; pertama, berkemungkinan akan
membuat anda kelihatan tidak jujur. Adalah lebih baik
sekiranya anda tidak menghadiri temuduga sekiranya anda
mempamerkan ketidakjujuran atau kebijaksanaan anda.
Percubaan anda untuk menjawab soalan
yang anda tidak mahir boleh memudaratkan sesi temuduga yang
sepatutnya hebat. Ini tidak bermakna yang anda tidak boleh
mencuba memberi jawapan yang anda tidak pasti. Tiada
salahnya anda berterus terang. Mungkin ini adalah jawapan
yang anda boleh cuba:
Secara jujurnya saya katakan yang saya
tidak berapa mahir dalam bidang ini, walaupun saya amat
meminatinya. Sekiranya tidak menjadi keberatan, saya ingin
mencuba untuk menangani isu tersebut, sekiranya tuan tidak
mengharapkan jawapan yang tepat.
atau:
Saya ingin menjawab soalan tersebut,
tetapi terus-terang saya katakan ini adalah bukan bidang
yang saya mahir, walaupun saya amat meminati untuk
menambahkan pengetahuan saya mengenainya.
Tips Temuduga 1
Tips Temuduga 2
Tips Temuduga 3
Tips Temuduga 4
Tips Temuduga 5
Tips Temuduga 6
Tips Temuduga 7
Tips Temuduga 8
Tips Temuduga 9
Tips Temuduga 10
Ringkasan Penting
|