|
TIPS TEMUDUGA
5
Mitos No. 5: Orang yang
berketerampilan mendapat kerja
Saya jangkakan sekiranya jawatan
tersebut adalah untuk mereka-mereka yang anggun bergaya
habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang
berketerampilan begitu amat membantu, tetapi bagi kebanyakan
jawatan lain keterampilan anda tidaklah memberi kesan.
Seperti yang telah dibincangkan, memang terdapat majikan
yang tidak berpengalaman akan menawarkan kerja kepada
seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi kebanyakan
majikan adalah bijak memilih. Anggapan yang mereka yang
berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat kerja dari
mereka yang biasa-biasa adalah satu anggapan yang salah –
bahawa majikan menggemari keterampilan seseorang melebihi
mata pencarian mereka. Semua pengalaman saya telah mengajar
saya sebaliknya. Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana
persaingan yang hebat dan majikan amat prihatin bahawa
kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat mahal.
Ini tidak bermakna bahawa keterampilan
dan kebijaksanaan seseorang adalah tidak mustahak. Adalah
amat penting anda berpakaian yang segak atau bersesuaian dan
cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra anda.
Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam
temuduga, tetapi bukannya penampilan yang bersesuaian dan
mesra.
Tips Temuduga 1
Tips Temuduga 2
Tips Temuduga 3
Tips Temuduga 4
Tips Temuduga 5
Tips Temuduga 6
Tips Temuduga 7
Tips Temuduga 8
Tips Temuduga 9
Tips Temuduga 10
Ringkasan Penting
|