September 24, 2023

ubi-badak
Artikel kali ini, saya tertarik dengan kepelbagaian jenis ubi yang terdapat di Malaysia. Mungkin generasi baru kebanyakkannya hanya mengenali  ubi kayu dan keledek sahaja. Begitu jugalah saya. Rupa-rupanya banyak jenis lagi ubi yang saya tidak kenali seperti ubi itik, ubi badak, ubi sarek, ubi torak, ubi kemili, ubi pujut, ubi kasong dan mungkin ada lain jenis ubi yang saya tidak sebut disini. Sebelum ini, saya hanya mengenali ubi kemili sahaja kerana ia pernah ditanam oleh arwah tok saya.
ubi-itik

Tahun lepas, saya berkesempatan mengenali 3 jenis ubi yang di bawa balik daripada Kelantan oleh bos saya. Memang unik dari segi rupanya. Dari segi luaran saya dah lihat tetapi rasa isi dalamnya belum berkesempatan lagi. Kalau mengikut rujukan, ubi badak ini ada 2 jenis iaitu warna putih dan ungu. Ubi ini dikatakan memang popular di Kelantan. Baru-baru ini ada kajian penghasilan tepung dari ubi badak oleh sekumpulan penyelidik sebagai satu alternatif  penggunaan tepung gandum.

Mengenai Ubi itik pula saya tidak mempunyai banyak info tentangnya. Mungkin anda ada cerita di sebalik ubi itik ini..

ubi-sarek

Mengenai Ubi sarek pula, ia dikatakan digunakan sebagai campuran dalam bubur “asyura” pada bulan Muharram. Selain itu, ubi ini boleh dibuat pengat, direbus dan sebagainya.

Setakat ini sahaja saya dapat berkongsi mengenai 3 jenis ubi yang unik ini. Jika anda ada mengenai info mengenai ubi ini, silalah kongsikan di sini. Atau anda pernah melihat ubi yang lain dari yang lain selain dari ubi di atas, bolehlah kirimkan gambar kepada saya.. Boleh kita kongsikan bersama…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :57046

70 thoughts on “Ubi itik, ubi badak dan Ubi sarek

  1. salam, memang pelik sikit tgk ubi ni. ni pengetahuan yang baru. terima kasih kerana berkongsi maklumat. Ini baru pertama kali saya lihat ubi ni.

  2. Assalamualaikum Wm. Wb. Di sini sedikit maklumat dari saya. Memang di negara kita banyak jenis ubi, kadang-kadang ada yang tidak pernah dengar namanya. Bagi saya di Kuala Terengganu (kampung saya) ubi badak dipanggil ubi besar atau ubi nasi, memang enak rasanya, kupas kulitnya dan direbus, begitu juga dengan ubi itik dipanggil juga ubi torak, direbus bersama kulit. Ubi sarek setakat ini tidak pernah lagi saya lihat. Terima kasih kerana sentiasa menghantar maklumat-maklumat berguna.

  3. Mak & Arwah Abah saya berasal dari Kelantan, tp kami telah lama menetap di Pahang.. Jadi ubi2 yang disebut di atas memang saya pernah tengok & rase kecuali ibu sarek, pernah dengar nama tp x pernah mengenali. Ubi badak yang berwarna ungu mak saya selalu buat kuih talam. ubi badak putih lebih sedap direbus dah dimakan dengan kepala parut atau dicicah gula sahaja. begitu juga dgn ubi itik. tetapi saya tidak berapa menggemari ubi ini kerana ada kalanya ada sedikit rasa pahit & ubinya seperti berurat sedikit. kalau di Kelantan, ubi kemili dikenali sebagai ubi keling. Ubi keling ni, memang sedap, rasenya lemak manis bila direbus dengan sedikit garam. Mak sedara saya pernah jugak membuat masak lemak kuning siput sedut dicampur dengan ibu keling ini.

  4. Menarik tentang ubi nih, kalau ada sesiapa yang mempunyai benih ubi seperti diatas ( ubi sarek, ubi itik, ubi badak putih ) boleh hubungi saya atas sebab saya suka menyimpan koleksi ubi…yang saya dah ada hanya ubi badak ungu dan ubi ara….tahniah fazli atas inisetif anda dalam memperkenalkan generasi sekarang pada tumbuhan yang jarang ditemui ini….

  5. Sdr Fazli, thanks for sharing. You are doing a great job! Maklumat tentang ubi yg ‘susah dicari susah didapati’ ini sangat bermanfaat.
    Boleh tak saya cadangkan sdr adakan satu format yg standard bagi setiap paparan (contoh, dlm bentuk jadual) di mana dinyatakan maklumat asas, antaranya: Nama tumbuhan, Nama saintifik, Jenis/Klasifikasi (spt Buah Nadir, Rizom, Renek, Herba, & seumpamanya), Warna, Khasiat, Di mana diperolehi, Maklumat lain …. Jadi, setiap kali ada paparan, maklumat asas yg standard tu ada (kalau maklumat berkaitan tertentu tak ada, tinggalkanlah kosong).
    Ini cadangan sahaja. Yg sdra lakukan pun sudah cukup baik & informatif. Salam bahagia.

  6. Salam buat semua,

    Tak pernah dengar , tengok jauh sekali.

    Kementerian yang berkaitan should take initiative to introduce and promote all this local fruits for our knowledge and much more.

  7. kalau saya tak silap, ubi sarek ni batangnya warna hijau calit kuning, daunnya macam daun betik, tinggi pokok dalam paras pinggang je
    kalau nak beli ubi2 ni kena rajin2 le pergi ke pekan sehari, kalau kat lipis/raub masih banyak orang2 lama yang jual ubi ni, melainkan ubi sarek je sebab boleh dikatakan dia tumbuh bermusim

  8. Di Pantai Timur terutama di Kelantan memang biasa dengan ubi-ubi ini. Biasanya dimakan direbus dan dicicah dengan gula pasir kecuali ubi sarek yang biasa dibuat pengat. Rasanya sungguh enak. Pokok ubi sarek sekarang ada yang tanam sebagai pokok bunga kerana pokoknya yang agak cantik.

  9. Pelik saya melihat ubi ini.saya belum pernah melihatnya.kat melaka ini,ada tak dijual ubi macam ni.terima kasih atas info ini.

  10. tq saudara…..nama ubi ini pernah saya dengar tapi x pernah tengok ini kali pertama saya tengao wajah ubi sarek …..klu ubi kemili pernah saya taman masa muda dulu kt kg….

  11. terima ksh krn brkongsi mklumt ini…saya snang dgn info2 dr saudara..jenis2 ubi ne bru saya tau..sblum ne saya cma knal dgn ubi spt kledek,kayu dan kntang shj..

  12. terima kasih atas info ini. Saya setakat ni hanya tau ubi kayu dan ubi kentang sahaja.Rupanya banyak lagi spesis ubi di negara kita

  13. assalamualaikum atas info jenis2 ubi ni fazlisham, jujur saya katakan saya tak pernah mengenali ubi-ubi ini sebelum ini dan saya amat tertarik dengan rupa bentuknya dan ceritanaya. Apa2 pun terima kasih dan sekiranya ada sebarang info lain bolehlah dikongsikan bersama kerana saya tak pernah merasa bosan dengan tumbuh-tumbuhan.

  14. t.kasih …. memang molek … cadangan saya sepatutnya yang berkenaan harus komersialkan jenis-jenis ubi ini …. diantara langkah awal yang berkenaan harus menyediakan ubi-ubi ini didalam menu makanan, terutama hotel-hotel …. jangan biarkan pewaris jenerasi akan datang tidak lagi mengenalinya…. inilah makanan nenek moyang kita dulu … juga pihak yang berkenaan buat penyelidikan akan kelebihan ubi ini, jangan asyik selidik tongkat ali saya …..

  15. slm. sya pnh mkn ubi ni, p x pasti ubi itik or ubi badak. cz kalo tgok gmbr cm sama je. p isinya wrn putih. kulitnya kalo dikupas da warna ungu dan berlendir. kat tempat saya panggil ubi buluh.

  16. ada la jg bbrapa jenis ubi yg sy tau spt ubi keladi yg bleh mkn mentah(wat kerabu) ubi lekir(bkn Hang Lekir tau..)ubi gadung & ubi tum(mcm ubi kentang tp pokoknya memanjat & ubinya bergayut mcm buah rock melon)…….tp tu la,seulu-ulu sy…sy x penah tgk ubi sarek….so,tq lah ada info cenggini…

  17. pokok sarek ni sejenis keladi tapi batangnya satu saja, daunnya macam daun betik lebihkurangnya. tinggi tak lebih satu meter. Bunga sarek ni besar, tapi kecik sikit dari raflesia. berbau busuk macam bangkai bagi mengajak serangga datang mengambil pollen (?). Ubinya amat sedap dibuat pengat. Tapi awas. Ada pokok yang serupa dgn nya tapi beracun!!!

  18. Lupa nak introduce dua lagi jenis ubi yg amat jarang kita dengar..ubi gadung dan ubi kaso. Ubi ini jenis liar yang beracun. hanya selepas racun dinyahkan melalui rendaman diair yang mengalir beberapa hari baru boleh dimakan.

    Anehnya : Ubi badak dan ubi itik biasanya berisi didalam tanah. tapi keduanya juga boleh berisi diatas para..ie secara bergantungan macam buah labu. tapi ia kecik saja ..sebesar ibu jari kaki saja. Yang besar masih yang didalam tanah.

  19. Terima kasih kerana mengantar gambar ubi ubi tersebut .Apa pun dulu sekitar tahun 60 an ubi ubi tersebut memang mendapat sambutan di kalangan penduduk terutama dikampong kampong pendalaman olih sebab untok menanam nya memerlukan kawasan yang khusus untok nya maka pengemar nya kian menurun.demi perbandingan antara makan pagi nasi lemak dan ubi ubi tersebut pada pendapat saya ubi lah yang terlebih baik terutama ubi badak.cadangan saya tuan bolih lah mesyorkan pada petani agar ubi tersebut di komesikan secara meluas.perbandiangan ubi dan padi ada kelebihan nya terutama ubi tidak menggunakan air yang banyak.terima kasih.

  20. Slm en fazli, saya jg seorg peminat tumbuhan ni.Dlm blog saya ada n3 mgenai ubi2 tersebut.Nk tgk ubi2 yg en fazli sebutkan tu, sila jln2 ke blog saya.Tq.

  21. Ubi yg en mahadi maksudkan tu adlah ubi lekir. Ia sama bentuk dgn ubi sarek tetapi bbeza dr corak batangnya. Ubi lekir mmg x blh dimakan krn blh menyebabkan kegatalan yg melampau.

  22. tq ats info yg dberikan.cukup menarik,ubi badak sy pernah makan,sedap rasa macam keladi pun ada tu yg wane ungu,putih dan yg lelain xpenah tgk.tahniah ats usaha saudara mperknlkan tmbuhan yg tak sume org tau.

  23. Tq di atas info yang menarik. Saya tak pernah dgar nama ubi tu di penang. Ubi kemili adalah…

  24. Saya baru pernah nampak ubi sarek, dan ubi itik. Ubi badak tu mungkin sama dengan ubi di tempat saya yang dipanggil ubi belayar. Ubi ini berwarna ungu dan sedap rasanya kalau dibubur.

  25. alahai kurangnya ilmu pasal ubi. bagus sgt ada blog camni. teruskan kajian n kongc ilmu ngan sume org. tkasih byk2

  26. ubi sarek ni,ada kat umah mak saya di kel.ubi ini sangat sedap dibuat pengat.Dan pokok ubi sarek sangat besar…

  27. salam,
    info2 mengenai ubi itik dan ubi badak rasanya mencukupi.
    Untuk pengetahuan, ubi sarek adalah sejenis ubi yang unik.. pokok nya bukan seperti pokok2 ubi biasa tetapi mempunyai batang hijau bertompok2 putih, pada bahagian atasnya baru bercabang 2 atau 3 dan mempunyai daun seakan daun betik. Awas! getahnya gatal seperti keladi. Pada musim kemarau yang kemudiannya diikuti hujan kali pertama (sekitar Mac – April) pokok sarek akan tumbuh dan membesar sehingga ketinggiannya mencecah 5 ke 7 kaki. Setelah beberapa bulan pokoknya mengering dan “mupus”. Waktu inilah elok digali kerana ubunya agak besar.
    Sewaktu musim kemarau, sarek akan mengeluarkan bunga yang hanya muncul dari tanah tanpa pokok. Bunga sebesar penumbuk, warna coklat keperangan dan mengeluarkan bau busuk seperti perut ikan serta dihurungi langau dan lalat.
    Ubi sarek ini banyak tumbuh meliar di kawasan tepi tepi hutan dan perkampungan.
    Ubinya amat sedap kalau dibuat pengat.

  28. ubi itik payah untuk menjadi empuk bila direbus. jadi ubi itik kena ditoreh dahulu sebelum direbus supaya ia menjadi empuk. pokok hidup menjalar dgn batang berduri. daun 3-4 cm lebar bentuk seperti daun sirih.penanaman memerlukan batas dan kayu pancang untuk pokok menjalar. satu lg ubi yg sedap dan jarang kedapatan ialah ubi ara atau ubi gadong. ubi cuma dapat dimakan setahun sekali itu pun setelah melalui peroses yg agak rumit.ia dikukus dan dimakan bersama kelapa parut.

  29. di kampung kami dah biasa dgn ubi2 spt ni. selain dari ubi itik, badak n sarek ada lg yg ssh nk jumpa kat KL atau tempat lain spt gadong, berbagai warna ubi keledek n ubi kemili. ubi itik, badak n sarek boleh dimakan dgn direbus camtu je cicah kelapa, sambal n ikan masin spt ubi kayu. Juga boleh dibuat sayur, pengat, sira dan kerepek. kerepek sarek blh dipelbagaikan spt kerepek masin, manis, pedas spt kerepek ubi kayu. pokok ubi bdk n itik ni jenis menjalar dan pokok ubi sarek spt keladi, awas dgn getahnya. cantik dijadikan perhiasan pasu tp busuk bunganya.

    sy jg menyarankan kpd pemilik blog untuk mendptkan pelbagai kacang yg terdpt di kelantan. contoh..kacang pol yg blh direbus spt kacang kuda tp tak pernah lihat di negeri lain.

  30. kalu nak ubi ubi tu mai jupa den kecuali ubi sarek,den ada tanam di upm serdang.ubi sarek tu tak boleh makan cam tu je ,gatal. den panggil keladi sarek sebab btg dia mcm btg keladi.ubi badak kalau di buat pengat fuhhh sedap

  31. akum

    d cni ubi badak di kenali sbgi ubi gadong..sesetgh org pggl ubi ni ubi tiang..sdp dibuat pengat..bnyk tumbuh kat dlm dusun sya..ubi sarek tu sya x igt nama ia..dulu ubi ni cukup sng nk cri kat cni..tp skrg ckp sukar utk mnjumpai ubi ni..

  32. Di tempat saya ubi badak ini mungkin dipanggil ubi jabit.
    Pokoknya jenis menjalar, banyak tumbuh liar di tepi-tepi sungai.
    Masa saya kecil dulu selalu juga makan pada waktu petang cecah ikan masin.

  33. ha itulah…negeri kelantan memang kaya dgn hasil mahsyulnya…bermacam ubi ada..ubi yg isinya berwarna ungu tu dinamakan ubi keludup. Orang kelantan panggil ubi keledek itu ialah ubi stelo. Ubi stelo ada 2-3 jenis termasulah yg isinya berwarna mcm carrot. Ubi tarok itu sebenarnya dieja ubi tok rok (dlm bahasa baku maksud dia tidak larat sebab berat). Manakala ubi keledek itu dirujuk kepada ubi keladi. Pokok saghek seakan sama dgn pokok lekir cuma warna tompok pokok lekir itu lebih hijau manakal pokok saghek ‘panau’ dia lebih cerah. (note:loghat kelantan ni susah sikit kalau ditulis ikut tulisan baku nanti bunyi dia tak sama)

  34. azrul hizan…saya ingat pengenalan awak pasal ubi gadong salah…ubi badak ialah ubi badaklah tak sama dgn ubi gadong…mungkin awak tidak tahu untuk kita boleh memakan ubi gadong..kita perlu mengairi ubi tersebut setelah dihiris nipis selama 1 ke 3 hari di sungai atau taliair yang mengalir..sebab getah dia boleh menyebabkan keracunan…kita panggil ‘mabuk gadong’

  35. Saya pernah makan ubi badak, kawan sepejabat bawa balik dari Kelantan. Malah saya bawa balik kampong di Malaka beri pada emak saudara untuk tanam. Nampaknya subur menjadi.

  36. Ubi itik amat sedap dibuat pengat…… tp ia bermusim jugak.
    Ubi sarek tak penah dengar, tp ubi gadong yg beracun tu sedap bila dah nyahkan racun dan parut dan kukus dan makan dengan kelapa parut… fffuuuhhh

  37. Sy suka info ni… kat kelantan, ubi tersebut famous… Ubi kemili di kenali ubi keling. Biasa dijual mentah dan ada juga siap rebus (ubi keling & ubi itik). Rebus bersama kulitnya…. Ubi Badak@ Ubi Besar dan ubi sarek pulak dimasak pengat, sedap….atau pun dimasak Sira, tapi masuk sedikit santan pekat (secawan)+Gula melaka/manisan, masak sehingga empuk dan hampir kering/melekit air sira… sedappp…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam