PENTERNAKAN BELUT

 

Sebelum anda nak tahu cara ternak belut, ketahuilah Serba sedikit tentang latarbelakang Belut;

 

  • Nama saintifik belut ialah ordo Anguilliformes.

  • Belut termasuk dalam kategori haiwan hermafrodit.

  • Belut adalah sejenis hidupan air tawar yang bertubuh bulat memanjang (seperti ular) yang hanya mempunyai sirip di ekornya dan berkulit licin dan liat.

  • Belut mempunyai satu tulang belakang yang berbentuk Y.

  • Belut terbahagi kepada 4 jenis, 19 keluarga dan 400 jenis spesis.

  • Belut mampu memanjang sehingga 3 meter.

  • Belut aktif pada waktu malam atau gelap, segala pemakanan dan pembiakan selalunya pada waktu malam.

  • Adalah penting untuk menyediakan suasana yang selesa untuk belut iaitu dengan menjauhkannya dari cahaya.

  • Jantina belut berumur 6 bulan kebawah adalah betina dan 6 bulan keatas adalah jantan. Jantina belut mengikut size dan umur belut itu sendiri.

  • Ada juga fakta yang mengatakan belut yang mencapai ukuran panjang 20-50 cm, belut akan kekal betina dan belut yang mencapai ukuran 55 cm ke atas biasanya jantan.

 

 

 

 

Khasiat Belut

Belut mempunyai nilai tinggi apabila khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar yang mengandungi banyak protein,  jika diamalkan memakannya selalu boleh menguatkan daya tahan badan, menstabilkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Selain itu, belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, vitamin D dan zat besi. Jadi, tidak hairan ramai percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Keterangan lanjut mengenai penternakan belut atau cara nak ternak belut sila rujuk;

http://www.penternakan.info/budidaya-ikan-belut/