Manggis (Garcinia mangostana) merupakan tanaman buah-buahan musiman yang mempunyai tempoh berbunga dan berbuah yang agak unik berbanding tanaman buahan tropika yang lain. Ia mudah dipengaruhi oleh faktor tanah, iklim, ketinggian, dan keteduhan di sekeliling pokok (Urano de Carvalho, 2013; Yaacob & Tindall, 1995).
Secara umum, peringkat berbunga manggis berlaku setelah fasa pertumbuhan vegetatif baru atau dikenali sebagai ”flushing”. Tempoh dari pembungaan hingga pemasakan buah lazimnya mengambil masa 110-120 hari. Bagaimanapun, kerana tempoh pemasakan buah yang panjang, selang waktu antara dua penuaian manggis adalah agak jauh iaitu sekitar 2 hingga 4 bulan (Nazre et al., 2018).
Di Thailand, manggis mula berbunga dari Disember hingga Februari. Buahnya masak dan sedia dituai dari April hingga Jun. Purata tempoh dari berbunga ke pengutipan buah ialah 11-12 minggu (Yaacob & Tindall, 1995). Manakala di Malaysia, musim menuai manggis lebih kurang bermula Jun hingga Ogos setiap tahun. Namun, tempoh penuaian agak panjang kerana buah-buah pada pokok yang sama tidak serentak masak (Yaacob & Tindall, 1995).
Selain itu, dipengaruhi faktor-faktor seperti ketinggian dari paras laut dan keteduhan, manggis di sesetengah negara didapati menghasilkan dua kali musim setahun. Umpamanya di Perak, Malaysia, pokok manggis di bawah naungan pokok kelapa dilaporkan berbuah ringan dari September hingga November dan berbuah lebat dari Jun hingga Ogos (Bordeaut & Moreuil, 1970).
Di Indonesia, manggis juga didapati mampu menghasilkan hingga empat kali pertumbuhan vegetatif dan tiga kali musim penuaian setahun. Ini berpunca daripada tahap kesuburan tanah Gunung Berapi di Jawa dan Sumatera yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan kerap dan optimum (Yaacob & Tindall, 1995).
Apa yang jelas, kematangan penuh dan penceraian buah diperlukan untuk meningkatkan kualiti buah manggis pasca tuai. Dalam beberapa kajian, tahap optimum kematangan buah manggis dianggarkan setara 25-30% kulitnya telah menjadi ungu kehitaman (Daryono & Sosrodiharjo, 1986; Tongdee & Suwanagul, 1989). Ini juga boleh dianggarkan dalam bentuk jadual melalui Carta Warna Manggis yang telah dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Industri, Thailand (Tongdee & Suwanagul, 1989). Semakin tua buah, semakin tinggi suapan gula dan rendah suapan asidnya (Daryono & Sosrodiharjo, 1986).
Kesimpulannya, manggis sememangnya tanaman bermusim. Penanam manggis perlu memahami fisiologi pokok serta keadaan ekologi tertentu kawasan ditanam bagi menjangkakan tempoh berbunga dan penghasilan buah setiap kali musim dengan lebih tepat dan bersedia untuk operasi penuaian. Perancangan bermusim yang teratur akan memastikan pengeluaran buah manggis yang berkualiti dan menguntungkan
Number of View :288