Pada hujung Februari yang lalu saya sempat berkunjung ke negeri Sabah dan singgah sebentar ke Taman Kinabalu. Taman Kinabalu pada asalnya mempunyai dua buah stesyen utama, yakni Ibupejabat Taman Kinabalu di Tenompok (5 km dari Kundasang), dan Stesyen Mata Air Panas Poring (38 km dari Ibupejabat Taman Kinabalu dan 18 km dari Ranau).
Taman Kinabalu berkeluasan 75,370 hektar ini diwartakan sebagai sebuah Taman Negara pada tahun 1964 dan kemudiannya diubah nama kepada Taman Kinabalu pada tahun 1984. Tujuan Taman-Taman ini diwartakan adalah untuk mengekalkan keindahan alam dan melindungi flora dan fauna yang terdapat di dalamnya.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Kawasan yang menjadi tapak peranginan semulajadi ini telah menjadi tumpuan pelancong dan pendaki dari jauh dan dekat. Keindahan alam, kekayaan flora dan fauna ini diiktiraf seluruh dunia dan telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Penyelidikan saintifik membuktikan bahawa Kinabalu mempunyai salah satu Flora yang terkaya di muka bumi ini seperti yang dilaporkan oleh Barthlott et al. (1996). Beliau mengiktiraf Kinabalu sebagai salah sebuah daripada enam kawasan yang terkaya daripada segi tumbuhan di seluruh dunia, dengan kepadatan tumbuhan melebihi 5,000 spesies per10,000 km2. Beman dan Beaman (1990) pula menganggarkan kawasan Kinabalu seluas lebih kurang 700 km2 mempunyai 5,000-6,000 spesies tumbuhan berbunga, dengan lebih daripada 200 famili dan 1,000 genus.
Antara gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan pembaca. Persinggahan hanya seketika kerana masa yang tidak mengizinkan.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :6308