Pokok Rubber Plant @ Rubber Fig

Pokok Rubber Plant atau juga dikenali sebagai Rubber Fig merupakan tanaman hiasan yang tergolong dalam famili Moraceae. Pokok ini banyak dijual di nursery bunga kerana ianya sangat sesuai ditanam di dalam dan diluar rumah. Daunnya licin dan berkilat sangat menarik perhatian. Kebiasaanya terdapat 2 jenis varieti pokok rubber plant di pasaran iaitu ‘robusta’ dan ‘variegated’. Pokok ini mengeluarkan getah yang banyak sekiranya batang atau daunnya dipotong. Getahnya sensitif pada kulit dan dikatakan bahaya sekiranya terkena pada mata.

Pokok jenis ini mudah hidup dan boleh ditanam di dalam bekas tanaman yang sesuai seperti pasu bunga. Sekiranya anda tanam di dalam pasu bunga, amalan cantasan perlu sentiasa dilakukan bagi mengawal pertumbuhan pokok. Jika ia ditanam di tanah, ia mampu mencapai saiz yang amat besar dan tingginya boleh melebihi sehingga 15 kaki. Pokok yang mudah dijaga selagi mempunyai air dan cahaya yang mencukupi.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :135

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam