March 4, 2024
ADA pemilik rumah gemar menanam pokok kekal sebagai hiasan taman. Pokok pinang yang memiliki batang berwarna kuning, oren dan hijau adalah antara yang menjadi pilihan untuk ditanam di tepi pintu pagar atau di lorong masuk ke rumah, chalet atau hotel.Pinang raja, misalnya adalah salah satu pokok berumpun yang paling diminati kerana kombinasi warna batang dan pelepahnya. Tingginya mencapai lima meter dengan daun berukuran satu hingga dua meter boleh didapati secara meliar di kawasan hutan berpaya gambut di negara ini. Ramai yang menanamnya di halaman rumah. Jika kawasan tidak luas, cukup sekadar menanam dua pokok di kiri dan kanan pintu pagar, tetapi jika ada ruang yang lebih luas, pokok itu boleh ditanam berbaris. Ia juga dikenali sebagai pokok Sealing Wax Palm dari keluarga Areceaceyang mempunyai mayang bercabang dengan sulur merah. Buah hijau pada peringkat awal berubah menjadi hitam apabila masak turut menarik pandangan. Pinang kuning atau golden cane palm pula sesuai ditanam di kawasan rekreasi dengan penjagaan daun berterusan. Pelepah kering perlu dicantas dan pokok ini memerlukan pembajaan yang betul menggunakan sebatian kompleks 12:12:17:2 + TE bagi pokok muda dan 15:15:15 sebaik saja mengeluarkan buah empat kali setahun. Pinang kubis PENGHUNI yang mempunyai rumah batu dilengkapi laluan berturap sesuai menanam pokok pinang kubis (roystonea oleracea) berasal dari Barbados yang menyerlahkan keunikan batang tunggalnya lurus, pangkal pokok besar dengan ketinggian antara 30 hingga 40 meter. Penanaman secara deretan adalah kaedah pa