May 28, 2023

pokok-parsli

Pokok Parsli atau nama saintifiknya Petroselinum crispum merupakan sejenis pokok herba yang berasal dari kawasan Mediterranean. Di Malaysia, ia kebiasaanya di tanam di kawasan tanah tinggi khususnya di Cameron Highlands. Menurut rujukan, Parsli ditanam menggunakan biji benih dan dituai selepas 75 hari ditanam. Jika anda ingin melihat pokok ini, bolehlah berkunjung ke Stesen Mardi Cameron Highlands.

daun-parsli

Daunnya yang menarik dan berbau wangi menjadikannya sebagai penghias makanan dan menambah perisa makanan. Selain itu, daunnya juga boleh dimakan mentah sebagai pembuka selera. Dari segi khasiat perubatan, ia boleh menjaga kesihatan kulit dan juga boleh menghilangkan nafas berbau busuk. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan wanita hamil tidak boleh menggunakan daun parsli sebagai ubat dan kerap makan daun parsli boleh menyebabkan masalah kepada ginjal, hati dan perut.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :19694

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam