Pokok Aralia Hijau (Green Aralia) atau nama saintifiknya Osmoxylon lineare tergolong dalam famili Araliaceae. Tumbuhan jenis renek ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3m. Daunnya unik kerana mempunyai 4-7 helai daun (linear leaflets) yang tersusun dalam lingkaran terletak di bahagian atas batang. Bunganya pula tersusun dalam kelompok yang dikenali sebagai ‘umbels’. Bunga-bunga tersebut juga menghasilkan buah kecil berwarna coklat kehitaman.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Pokok Aralia banyak dijumpai di tanam di Putrajaya sebagai tanaman hiasan kerana bentuknya yang unik. Spesies ini digunakan di laman yang berkonsepkan Taman Jepun kerana tekstur daun yang halus. Pokok sangat sesuai ditanam dikawasan yang mempunyai cahaya matahari yang penuh.
Terdapat juga jenis atau varieti Aralia yang mempunyai daun yang berwarna kuning.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :7939