|
PENTERNAKAN
ITIK
Sejak
akhir-akhir ini ramai yang minat dalam bidang penternakan
termasuklah dalam penternakan itik.Menternak itik tidaklah
begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya
hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara
pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan
dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam. Pada
anda yang belum biasa dalam bidang penternakan mungkin akan
rasa sukar pada mulanya.
PEMILIHAN BAKA ITIK
Di dalam
penternakan itik baka itik merupakan faktor penting bagi
menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar
atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulannya
hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka
itik penelur yang berkualiti ialah:-
mempunyai daya hidup yang tinggi
bebas
dari kecacatan
penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 -
300 biji setahun)
menghasilkan telur yang berkualiti
berat
antara 65 - 75 gm sebiji
kulit
telur adalah keras
warna
kuning telur kemerah-merahan
saiz
badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara
1.3 - 1.8 kg
ruang
antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka
itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell
dari Thailand, Taiwan dan Australia. |