April 18, 2025

Artikel kali ini dipetik dari kajian yang bertajuk “Pollination and Subsequent Ovule Development through Fruit Set in ‘Chanee’, ‘Monthong’, and ‘Kradumthong’ Durian” yang mengkaji kesan rawatan pendebungaan terhadap pembentukan buah dan perkembangan ovul dalam tiga kultivar durian iaitu ‘Chanee’, ‘Monthong’, dan ‘Kradumthong’.

Kajian di Thailand pada tahun 2014 ini adalah untuk melihat perkembangan organ reproduktif dan hubungannya dengan ketidakserasian diri (self-imcompabality). Rawatan yang telah dibuat adalah melalui pendebungaan silang, pendebungaan sendiri, dan tidak pendebungaan. Perkembangan ovul serta peratusan pembentukan buah dinilai pada hari-hari tertentu selepas anthesis (DAA).

Penemuan utama dalam kajian ini adalah seperti berikut:

  • Durian ‘Chanee’ menunjukkan peratusan pembentukan buah yang signifikan lebih rendah (28%) dalam bunga yang didebungakan sendiri selepas 14 hari berbanding dengan ‘Monthong’ (80%) dan ‘Kradumthong’ (81%).
  • Kebanyakan ovul dalam bunga yang tidak didebungakan telah merosot pada 7 DAA dalam semua kultivar.
  • Dalam rawatan pendebungaan silang dan sendiri, ovul berkembang ke tahap pembahagian nukleus endosperm pada 7 DAA dalam semua kultivar, termasuk ‘Chanee’, menunjukkan ‘Chanee’ sebagai kultivar ketidakserasian diri pasca-zigot.
  • Kajian menyarankan pendebungaan silang manual adalah penting untuk memastikan pembentukan buah, terutamanya dalam ‘Chanee’.
  • Durian ‘Monthong’ menunjukkan peratusan lebih rendah ovul mencapai tahap endosperm dalam kedua-dua pendebungaan silang dan sendiri, menunjukkan keperluan pengurusan intensif untuk mengelakkan keguguran buah secara fisiologi.
  • Pendebungaan dan pembentukan buah yang berjaya diperhatikan dalam bunga ‘Kradumthong’ yang didebungakan silang dan sendiri, menunjukkan perbezaan dalam ketidakserasian diri dan kejayaan pendebungaan antara kultivar.
Number of View :397

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam