Limau Mandarin

Limau langkat dan limau madu adalah dua jenis limau mandarin yang paling popular dan ditanam dengan meluas di negara ini. Buah limau langkat dan limau madu biasanya dimakan segar. Produk-produk dan makanan yang berasaskan limau mandarin yang boleh dihasilkan ialah halwa, jus, acar dan juga sebagai bahan perisa.
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun (evergreen) dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga kebujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.
Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluar bau yang harum.
Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau.
Buah pada lazimnya berbentuk hampir bulat. Kulit buah agak nipis, berwarna hijau hingga hijau kekuningan dan senang dikupas. Isi buah berwarna kuning oren dan mempunyai antara 9 hingga 15 ulas bagi setiap biji buah limau.

 

 

Number of View :9023

Pertanian Organik. Mengapa Perlu?

Pertanian organik didefinisikan sebagai ‘sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem.” (FAO/WHO Codex Alimentarius Commission).

Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah, dan membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskanbaja kimia, racun makhluk perosak dan organisme ubah suai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio.

Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ‘algae blooms’, membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik.

Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang kita perlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk kita mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar.

Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ dan dasar kerajaan terhadap pertanian perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pertanian organik.

Number of View :9787

Teknologi Sejuk Beku Durian

TEKNOLOGI sejukbeku di negara ini bukan sekadar diaplikasikan untuk sektor makanan sejuk beku seperti roti canai, kuih pau dan roti prata.
Teknologi baru itu kini diterokai oleh pelbagai pihak untuk mengetahui pelbagai kebaikan hasil daripada penggunaan teknologi tersebut.
Malah, melangkah setapak ke hadapan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini mengorak langkah untuk mencuba teknologi tersebut.
Dan hasilnya, jangan disangka bahawa buah durian boleh didapati di luar negara seperti Australia, Singapura dan China.
Pengarah Kanan FAMA Wilayah, Ahmad Ishak ketika ditemui berkata, terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan bagi menyediakan durian sejuk beku.
Katanya, proses pertama ialah sewaktu penerimaan dan pemilihan sampel. Durian yang sering digunakan bagi tujuan sejuk beku ialah D24. Setiap biji durian yang melalui proses ini perlu diteliti bagi memastikan tidak ada yang rosak ataupun tidak menepati piawaian yang ditetapkan.
“Antara kriterianya ialah buah tersebut sudah masak dan mempunyai kualiti yang sesuai untuk pemprosesan, durian tersebut juga mestilah yang baru jatuh dan jangka masa terbaik ialah tidak melebihi enam jam. “la diiangkut menggunakan lori sejuk (10-12 darjah) Celsius atau pada waktu cuaca agak sejuk seperti malam, petang atau awal pagi,” katanya yang ditemui di Kompleks Sejuk Beku, di Tangkak, Johor, baru-baru ini
Tambah Ahmad, setiap sebiji buah durian ia mampu menghasilkan 10 peratus isi.
Ujarnya, buah tersebut perlu dibersihkan dengan menggunakan berus dan jet air sebelum ia dirawat dengan mencelupkan ia ke dalam air berklorin dan dikeringkan supaya pembiakan mikrob seperti yis, bakteria dan kulat dapat dikawal.
Semasa melalui peringkat pemprosesan, buah berkenaan perlu dikeraskan (Wast/reeze^pada suhu -38 darjah Celsius sehingga isi dan biji durian mencapai suhu -30 darjah Celsius. Tempoh untuk mendapatkan suhu tersebut, menurutnya adalah bergantung kepada kekuatan dan suhu iaitu sekitar 45 minit sehingga dua jam.
Selepas itu buah berkenaan di masukkan ke dalam penyejuk bersuhu -18 darjah Celsius.
Menceritakan lebih lanjut, Ahmad berkata, durian yang telah melalui peringkat pemprosesan akan dibelah dan diambil isinya sebelum ditanggalkan ulas dan empulurnya dengan menggunakan pisau sesuai dan tidak tajam.
Proses seterusnya ialah memvakum buah tersebut sebelum dipindahkan ke dalam penyejuk dan disimpan pada suhu -18 darjah Celsius.
Ujar Ahmad, sehari sebanyak tiga ribu hingga enam ribu biji buah durian dapat diproses.
Bilik sejuk beku tersebut mampu memuatkan 200 tan metrik durian segar pada satu-satu masa dan 100 tan metrik isi durian.
Ditanya mengenai bekalan bahan mentah, Ahmad berkata kesemua buah-buahan segar diperolehi dari kawasan Muar, antaranya di Pagoh, Tanjung Selabu dan Bukit Kepong.
Bagi mendapatkan buah durian yang berkualiti, FAMA bukan sahaja membuat pemilihan tetapi petani yang turut menjual buah durian kepada mereka diberi penerangan tentang buah yang berkualiti.
“Kami selalu melaung-laungkan slogan supaya golongan petani menghantar hasil kebun mereka yang elok-elok sahaja. Jangan hantar barang yang rosak kepada kami.
“Penerangan ini penting bagi membolehkan para petani mengetahui spesifikasi buah yang baik untuk tujuan sejuk beku tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menfokuskan untuk melakukan nilai tambah buah-buahan bermusim dan tempatan dengan menggunakan kaedah yang sama Ujarnya, bidang sejuk beku ini memberikan peluang yang luas kepada banyak sektor makanan terutama sektor pastri dan kek.

…dipetik dari agrobiz Utusan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5736

Pengurusan Tanaman : Fertigasi

Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan bidangusaha ini mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup. Selain itu minat, kesungguhan dan inisiatif serta daya tahan diperlukan untuk menjayakan projek.

Pengurusan tanaman meliputi semua kerja-kerja awalan seperti penyediaan media, semaian, mengubah ke ladang melatih pertumbuhan tanaman, kawalan perosak, mengawasi sistem pengairan dan saliran, kebersihan ladang, mendiagnosis masalah tanaman, pensterilan, pengagihan nutrien dan perkara berkaitan fisiologi tanaman.
Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan. Sekalipun dengan teknologi canggih dan terkini kesungguhan dan komitmen pengusaha sangat diperlukan untuk menjalankan pengurusan tanaman dan projek yang berdaya maju.

APA ITU FERTIGASI ?
Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Fertigation pula adalah salah satu daripada komponen chemigation (chemical & irrigation). Kimigasi (chemigation) adalah satu kaedah terkini dimana penggunaan dan pengagihan bahan-bahan kimia dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan.
Fertigasi boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja ( dalam bentuk larutan ) di agihkan ke zon perakaran tanaman melalui system pengairan. Kebanyakannya sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan . Sistem pengairan renjis atau Iain-lain cenderung digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan Iain-lain dalam teknik chemigation.

Dua (2) asas utama fertigasi iaitu baja ( dalam bentuk larutan ) dan sistem pengairan . Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Media bukan tanah (soiless culture) seperti pasir, arang dan habuk sabut digunakan bertujuan mengatasi masalah kesesuaian atau penyakit tanah. Media diisi di dalam bekas seperti polibeg atau pasu bersaiz tertentu untuk memenuhi keperluan ruang zon perakaran tanaman yang optima sesuatu tanaman.

Sebagai contoh, tanaman tembikai ditanam di atas batas tanah secara terbuka di ladang yang luas menggunakan sistem pengairan untuk pengagihan baja juga dinamakan fertigasi. Tanaman kobis ditanam di dalam polibeg berisi campuran tanah dan pasir diberi baja melalui sistem pengairan. Kaedah ini juga dikenali sebagai fertigasi.

Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah altenatifPenerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah pada masa sekarang tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkah awal diambil perhatian termasuk sifat media yang baik dan sesuai untuk jenis- jenis tanaman, jenis dan bekas tanaman, dan formulasi baja (nutrien) yang seimbang. Bekas tanaman diguna dan diletakkan tanpa mencecah tanah adalah sebagai langkah pencegahan merebaknya pathogen daripada tanah.

Dalam situasi begini media tanaman bukan tanah (soiless culture) tidak mengandungi nutrien yang seimbang atau mencukupi untuk keperluan pertumbuhan pokok. Kaedah ini juga boleh dipanggil hidroponik beraggregat atau hidroponik titisan. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutien ( keseimbangan, kepekatan, Ph, kuantiti), mutu air dan input yang dibekalkan.

Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian yang baik, sentiasa di dalam kawalan menuju kea rah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi membantu pengeluaran berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.

 

Number of View :10372

Baja

Baja adalah bahan semulajadi atau dikilang yang mengandungi satu atau lebih unsur pemakanan tumbuhan yang diberi kepada tanah atau tanaman bagi tujuan memenuhi keperluan tanaman tersebut.
Baja terdiri dari 2 jenis iaitu Organik dan Bukan Organik (Kimia)
Bentuk Fizikal Baja adalah seperti Berbutir,pellet , Debu, Prill dan Cercair (foliar)

Baja Organik
Baja yang dihasilkan daripada asalnya benda hidup seperti haiwan, hidupan seni atau tumbuhan dan kemudian mati dan seterusnya melalui peroses pereputan.
Contoh:
• Kompos
• Baja hijau – Campuran Efektif Mikroorganisma
• Baja najis haiwan (kandang) – reput
• Hasil sampingan kilang berasaskan pertanian – serbuk tulang, serbuk ikan, POME, dll

Baja Bukan Organik (kimia)
Baja yang dihasilkan daripada kilang melalui peroses kimia, percampuran atau sebatian yang diberikan kepada tanaman bagi memenuhi keperluan tanaman tersebut, Contoh:
• Urea
• CIRP
• Kieserite
• Muriate of Potash (MOP)
• Nitophoska 15:15:15

Faedah Baja Organik

  1. Meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah – mempercepatkan penguraian bahan organik dan membantu meningkatkan KPK tanah.
  2. Memperbaiki tekstur dan struktur tanah – membantu perkembangan akar, memperbaiki saliran dan memudahkan kerja penyediaan tanah.
  3. Meningkatkan KPK tanah – meningkatkan keupayaan tanah untuk memegang nutrien apabila pembajaan dilakukan
  4. Memperbaiki pengudaraan tanah – meningkatkan rongga tanah dan memperbaiki tahap penyerapan air dan pengudaraan dalam tanah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :6243