Khasiat Herba dari Roselle kering, Bunga ros kering, Peria kering, Kurma, Halia dan Teh hijau

roselle

Saya telah mencuba berbagai produk herba untuk menurunkan berat badan,tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan. Pil herba juga telah saya gunakan, namun hasilnya tetap sama. Kesan sampingan yang sering saya alami ialah pening, panas badan yang beerlebihan, tonsil bengkak dan kesukaran membuang air kecil. Bagi penggunaan teh herba pelansing pula, setelah menggunakannya, biasanya saya akan mengalami cirit-birit yang berterusan, najis cair, kulit menjadi kering dan semakin gelap serta tidak selesa.

Akhirnya saya meggunakan cara sendiri dengan merebus roselle kering, bunga ros kering,peria kering,kurma,halia,teh hijau, dan kaktus kering untuk dijadikan minuman merampingkan badan. Hasil dari itu saya berjaya mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan yakin dengan bahan yang dihasilkan sendiri dari dapur saya. Saya menjadi semakin segar dan cergas, kulit semakin berseri hasil gabungan roselle dan ros kering serta tidak mengalami cirit-birit hasil gabungan peria kering dan kurma.

Kebanyakan barangan yang telah dikeringkan tersebut boleh didapati dari kedai ubat herba cina. Saya tidak perlu lagi bergantung pada ubat-ubatan herba atau yang lainnya yang tidak begitu jelas kandungan didalamnya. Dengan merebus dan mengadun sendiri ramuan tersebut, saya dan keluarga dapat menikmati hasil tumbuhan alam semulajadi yang penuh dengan khasiat tanpa ragu-ragu dan seluruh ahli keluarga saya menggunakannya tanpa risau dan bimbang kerana ia adalah minuman kesihatan hasil buatan sendiri.

Kiriman Emel:salmahsahuddin @ ymail.com

Number of View :14491

Penggunaan Ekstrak Daun Buluh

buluh Bukan setakat batang buluh sahaja ada kegunaanya tetapi disebalik daun buluh pun ada khasiatnya yang tersendiri..

Penggunaan daun buluh telah mengurangkan formasi acrylamide sehingga 50% melalui penggunaan ekstrak daun buluh yang disahkan boleh dimakan. Ini adalah disebabkan oleh kehadiran antioksidan dalam daun buluh yang ditemui dapat mengurangkan pembentukan bahan kimia  melalui Penggunaan Ekstrak Daun Buluh (bamboo).
Itu adalah penemuan saintis kini tetapi tahukah anda orang tua kita telah lama menggunakan daun buluh dalam masakan yang berhaba tinggi dan tempoh masakan yang lama.

Acrylamides adalah kompaun/bahan kimia terbentuk dalam makanan yang kaya dengan karbohiderat melalui proses reaksi dipanggil Maillard iaitu apabila ia digoreng, dibakar (roasted atau baked) pada kadar haba yang tinggi. Satu kajian yang dibuat oleh pakar-pakar makanan telah menemui pembentukan acrylamides dalam makanan seperti kerepek ubi kentang (potato chip) dan kentang goreng (fries).

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :10867

Labu Siam, Lobak Putih, Sharkfin guard, Buah cinta Cameron Highland

labu-siam

Bersambung lagi.. lain hasil-hasil pertanian yang terdapat di Cameron Highland adalah seperti labu  siam (biasa tengok kat pasar), lobak putih….

lobak-putih

dan sharkfin guard (macam adik beradik kundur). Korang pernah makan ke buah ni.. ?

sharkfin-guard

dan tidak dilupakan juga buah cinta….buah cinta ni sudah tentu ramai yang pernah rasa kan.. ada ke  sejarah di sebalik buah cinta..

cinta

bersambung lagi….

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :15378

Sekam Padi

sekam_padi

Sekam Padi adalah kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sebagai media tanam, keduanya berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

  • Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang (berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu ‘memegang’ tanaman dengan baik. Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah lapuk.
  • Sekam Mentah juga boleh digunakan sebagai komponen media tanam. Kelebihan sekam mentah sebagai media tanam, selain bersifat porous dan mampu menahan air, adalah kaya dengan vitamin B.  Merupakan sumber kalium (K) yang diperlukan oleh tanaman, dan menggalakkan pengakaran.

Melalui rujukan saya di internet, Harga semasa sekam padi seperti yang ditawarkan pada masa sekarang ialah;

  • harga sekam padi kisar – 60 sen sekilo – minimum kuantiti 10 tan
  • harga sekam bakar – 1 guni rm9.00 – minimum kuantiti 500 guni…

Walau bagaimanapun, harga bergantung kepada kos penghantaran dan sumber yang sedia ada. Kalau musim padi, sudah tentu harganya lebih murah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :12974

Beras dan Pulut

Apakah yang membezakan pulut dan beras? Sebenarnya, pulut adalah beras. Akan tetapi, ada sedikit perbezaan pada kedudukan penyusunan. Pada dasarnya, beras dan pulut memiliki kandungan zat pati yang unggul. Lebih kurang sekitar 80-85 peratus. Bakinya dipenuhi dengan kandungan protein, mineral, vitamin dan air.
Yang membezakan keduanya adalah unsur zat patinya. Zat pati pada asalnya terbahagi kepada dua, iaitu amilosa (pati dengan struktur tidak bercabang) dan amilopektin (pati dengan struktur bercabang).
Beras yang biasa kita kenali adalah beras putih. Beras ini berwarna putih kerana hanya memiliki sedikit aleuron (lapisan luar beras) dan kadar amilosanya sedikit. Ada juga beras hitam; Beras ini cukup luar biasa di pasaran. Warnanya yang ungu gelap kelihatan hitam disebabkan aleuron dan endosperma (tempat penyimpanan pati dan protein) memproduksi antosianin (pigmen semula jadi) dengan kekuatan yang tinggi. Itulah puncanya berwarna menjadi gelap. Jika kadar amilopektin beras hitam jauh lebih tinggi, maka lahirlah beras pulut yang kita kenali sekarani ini. Sifat amilopektin yang tidak larut dalam air membuatkan teksturnya lebih pekat dan melekit.
Kajian menunjukkan, semakin gelap warnanya, semakin tinggi pula kandungan pigmen anti penuaan pada beras pulut. Selain itu, pigmen juga kaya flavonoid yang mampu mencegah pengerasan pembuluh nadi.
Beras pulut hitam di negara kita biasanya dihidangkan sebagai makanan sampingan, bukan sebagai nasi seperti beras biasa. Pengolahannya boleh dipelbagaikan. Ada yang dimulai dari proses perendaman terlebih dahulu kemudian dikukus.

Number of View :8153