4 punca utama pokok mati

KITA sering bertemu banyak halaman rumah tidak bertanah sama ada disimen ataupun dipasang jubin keseluruhannya. Bila bertanya kepada tuan rumah, antara jawapan yang biasa kita dengar, “Tak pandai tanam pokok; tak serasi; tangan panas, apa yang ditanam semuanya mati”.

Pada saya, sebab utama adalah kerana ramai di kalangan masyarakat kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai penanaman itu sendiri. Kita semua suka pada pokok bunga yang cantik, cukup teruja bila melihat pokok mangga siam jiran sebelah rumah berbuah lebat. Tapi ramai yang terlupa, tumbuhan itu adalah makhluk bernyawa, perlu makan minum, serta penjagaan seperti manusia.

Kali ini, saya akan berkongsi dengan pembaca sebab utama pokok atau tumbuhan itu mati.

# Kekeringan Tanah

Semua makhluk perlu air untuk hidup termasuk tumbuhan. Banyak spesies tumbuhan dapat bertahan dalam keadaan tanah kering atau jadual penyiraman tak menentu. Namun kegagalan membekalkan air mencukupi terutama sewaktu tumbuhan mulai bertunas boleh mengakibatkan pucuk muda menjadi layu seterusnya menyebabkan tumbuhan mati.

# Terlebih Siraman

Antara sebab utama tumbuhan berpasu mati adalah akibat terlebih siraman. Siraman yang terlalu kerap atau berlebihan menyebabkan akar rambu sentiasa basah, seterusnya menjadi rosak. Akar yang rosak menyebabkan tumbuhan gagal menyerap air dan nutrien yang diperlukan. Kesudahannya pokok menjadi layu, daun gugur dan akhirnya mati.

# Cahaya Matahari Berlebihan

Kematian tumbuhan akibat pancaran terik matahari terjadi kepada jenis tumbuhan yang berasal daripada tempat teduh atau terlindung, dipindahkan secara mengejut ke kawasan yang terdedah kepada pancaran terus matahari. Perubahan suhu secara mendadak menyebabkan daun seperti tercelur dan hangus, seterusnya pokok boleh mati.

# Kekurangan Cahaya

Tumbuhan memerlukan cahaya yang mencukupi untuk aktiviti fotosintesis. Pencahayaan yang suram di dalam rumah seperti di ruang tamu atau sudut yang jauh dari tingkap, walaupun tidak membunuh tumbuhan dalam jangkamasa pendek, namun suasana sebegini menyebabkan daun cepat bertukar menjadi kuning dan gugur. Kadar pembesaran tumbuhan menjadi terencat dan tidak akan berbunga. Untuk menjamin kesegaran pokok di kawasan seperti ini, tukarkan ia setiap dua minggu sekali.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :29565

Padi Angin

Penanaman padi secara tabur terus merupakan kaedah pertapakan tanaman yang penting di Malaysia. Masalah utama yang dihadapi ialah ancaman padi angin. Serangan padi angin boleh menjejaskan pengeluaran dan kualiti hasil. Untuk mengawal padi angin memerlukan tindakan bersepadu mulai dengan penyediaan tanah yang rapi, benih yang tulen, varieti yang kompetitif, pilihan kaedah pertapakan tanaman, pengurusan air yang baik dan kawalan secara manual.

Padi angin adalah sejenis padi yang sangat mudah relai dan menyebabkan kehilangan hasil padi oleh kerana ia matang lebih awal diantara 10-25 hari daripada tanaman padi yang ditanam dan menyebabkan ia akan gugur ketanah sebelum sempat dituai.

Padi angin mula dikesan di Projek Barat Laut Selangor pada tahun 1988 dan sekarang telah tersebar di semua jelapang padi di Semenanjung Malaysia. Bancian di kawasan jelapang padi yang utama (2001-03) menunjukkan keterukan serangan padi angin telah mencapai 20%.Keluasan infestasi serangan padi angin telah bertambah dari musim kemusim dan sehingga musim 2/03 seluas 21,028.41 ha dari keluasan sebenar 201,625.9 ha tanaman padi telah di ancam serangan padi angin diantara 1% – 20% keterukan.

Ancaman padi angin yang serius (>21%) dan jika tidak dikawal dengan sepenohnya boleh mengakibatkan pokok padi rebah sekali gus menyebabkan kerugiaan secara menyeluroh sehingga 2 – 3 tan /ha pada tanaman padi.Biji padi angin yang gugur akan menjadi kan tanah sebagai bank benih padi angin dan jika tindakan pengawalan tidak dijalankan ia akan bertambah dari musim ke musim.

Jika pengawalan padi angin dapat dilakukan dengan baik, maka patani dapat mempertingkatkan hasil padi sehingga RM2700.00/ha termasuk kos pembelanjaan pengawalan padi angin.

Sumber: Jabatan Pertanian

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :10544

Penyakit Moko pada pisang

Simptom/Tanda :

  1. Tisu vaskular menjadi perang atau kehitaman
  2. Terdapat ooze bakteria apabila batang/ rhizom pokok pisang dipotong
  3. Buah hitam dan reput
  4. Buah pisang masak tidak seragam.

Pengurusan bersepadu adalah penting untuk mengawal penyakit moko pisang. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:

  • Laksanakan amalan pertanian baik dan pengurusan ladang yang baik.
  • Musnahkan segera pokok yang dijangkiti dan pokok-pokok berdekatan dalam lingkungan 5 – 10 meter diameter.
  • Basmikuman semua peralatan ladang dengan larutan formaldehye 10 %.
  • Lakukan pemantauan ladang dan pengesanan awal kejadian serangan penyakit .
  • Kuarantinkan kawasan serangan- Kawasan yang diserang akan dibiarkan rang (fallowing) selama 18 – 24 bulan untuk mengurangkan inokulum bakteria dalam tanah dan dipagarkan sekeliling kawasan serangan untuk mencegah jangkitan patogen ke kawasan /pokok yang berhampiran.

Sumber : Jabatan Pertanian

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7816

Teknik ubah rasa buah

Fertigasi digunakan untuk tingkat hasil pertanian ikut kehendak pasaran

Menentukan rasa atau tahap kemanisan hasil tanaman hasil mungkin mustahil sebelum ini. Ini kerana tidak ramai yang tahu ada teknik khusus yang diperkenalkan untuk tujuan itu.

Teknik itu ialah ialah fertigasi yang mula diperkenalkan sejak 1958 bagi membolehkan petani mengubahsuai hasil tanaman khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran supaya ia mengikut kehendak pasaran.

Rahsianya terletak pada penentuan kandungan bahan kimia digunakan dalam baja iaitu kalsium nitrat dan potassium nitrat. Proses menentukan tahap kemanisan buah dilakukan ketika peringkat pembajaan pokok.

Secara ringkasnya, teknologi fertigasi ialah satu sistem nutrien bagi pertumbuhan tanaman. Nutrien itu dilarutkan di dalam air dan dibekalkan kepada tanaman melalui sistem titis.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :3359