Daun Cili Boleh Mengubati Penyakit Kayap

Baru-baru ini saya mendapat lagi petua baru dari seorang pembaca. Saya rasa petua ini menarik kerana jarang mendengar orang menggunakan daun cili bagi mengubati penyakit.
dauncili
Dahulu saya sering terkena kayap.. orang tua kata kayap ular.. cara untuk mengatasinya.. Saya gunakan daun cili dan kapur makan..
Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap.
Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Kiriman Email dari;  mawardah_25 @ yahoo.com

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :29748

Labu Siam, Lobak Putih, Sharkfin guard, Buah cinta Cameron Highland

labu-siam

Bersambung lagi.. lain hasil-hasil pertanian yang terdapat di Cameron Highland adalah seperti labu  siam (biasa tengok kat pasar), lobak putih….

lobak-putih

dan sharkfin guard (macam adik beradik kundur). Korang pernah makan ke buah ni.. ?

sharkfin-guard

dan tidak dilupakan juga buah cinta….buah cinta ni sudah tentu ramai yang pernah rasa kan.. ada ke  sejarah di sebalik buah cinta..

cinta

bersambung lagi….

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :15357

Ubi keledek

ubi-keledek

Tahukah anda Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi. Penggunaan keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau dibiak dahulu untuk mendapatkan keratan yang sama umur dan masa pembiakannya selama 50-60 hari. Kemudian batang yang telah dibiak perlu dipotong menjadi keratan berukuran 20-30 cm.

Kebanyakan jenis ubi keledek boleh dipungut 3-4 bulan selepas ditanam.Daun dan batangnya perlu dibuang sebelum ubi dipungut. Cangkul tanah disisi batas agar ubi digali dengan mudah. Ubi kemudian dipungut dan dikelas mengikut saiz untuk tujuan pasaran.

Selain daripada kegunaan sebagai makanan, keledek juga mendapat tempat dalam perubatan tradisional, khususnya untuk mencerahkan mata dan mengubati bisul.Ubi keledek yang manis rasanya, juga baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata.

Ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan sejenis protein dikenali sebagi musin.Ia menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga.Sementara itu, daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditempekkan ke mata bisul yang telah merening.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :12415

Tip mengdiagnosis masalah pokok hiasan

Ramai yang mempunyai masalah dengan pokok hiasan di rumah. Mungkin ramai yang tidak tahu apa masalah pokok kesayangan mereka apabila melihat pokok hiasan tersebut tidak subur atau tidak menarik. Di sini saya akan memberi beberapa tips ringkas untuk mengenalpasti masalah pokok hiasan anda..

Tip mengdiagnosis masalah pokok hiasan dalam pasu :
Simptom masalah kekurangan air:
• Daun kelihatan cepat layu
• Pertumbuhan daun yang lambat
• Saiz daun lebih kecil
• Daun bawah menjadi kerinting dan tepi daun berwarna
perang dan kering
• Daun bawah cepat luruh
• Bunga gugur cepat
• Media kelihatan kering

Simptom masalah berlebihan air :
• Daun yang lemah
• Terdapat bintik busuk (lecur) pada permukaan daun
• Pertumbuhan daun tidak menarik
• Hujung daun berwarna coklat
• Daun keriting dan menguning
• Bunga berlumut
• Daun tua dan muda gugur serentak
• Akar reput
• Permukaan media berlumut

Simptom masalah kekurangan baja :
• Pertumbuhan yang perlahan
• Batang pokok yang lemah
• Daun kecil, pucat dan menguning
• Daun bahagian bawah gugur lebih cepat
• Bilangan bunga yang sedikit atau tidak berbunga
• Terdapat tanda nekrosis atau nekrotik

 Simptom masalah berlebihan baja
• Daya tahan kepada penyakit dan serangan berkurangan
• Pertumbuhan vegetatif yang berlebihan
• Warna daun yang lebih gelap
• Pokok tidak berbunga
• Terdapat bintik putih pada pasu jenis tanah liat dan di atas media
• Terdapat tanda terbakar

 

Number of View :7151