Khasiat Kangkung

kangkung

Artikel kali ini adalah sejenis sayur yang popular di kalangan masyarakat kita. Sayur kangkung memang tidak asing lagi sama ada dimakan dengan cara menggorengnya atau dicelur untuk dibuat ulam. Terdapat 2 jenis kangkung iaitu kangkung kampung tumbuh liar di sawah padi ataupun di mana-mana kawasan lembab yang berair dan sejenis lagi kangkung di tanam menggunakan benih di kebun-kebun sayur.

Dari segi perubatan tradisional , ia mampu untuk meredakan kesakitan serta mengecutkan bisul. Caranya ialah dengan menggunakan segenggam daun kangkung yang segar bersama-sama batangnya kemudian di tumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit garam lalu ditempelkan pada bahagian yang bengkak. Biarkan hingga kering dan anda akan dapati bisul itu kecut dan tidak lagi terasa sakit atau berdenyut-denyut. Ulang beberapa kali lagi hingga bisul sembuh sepenuhnya.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :11910

Buah Kerdas

kerdas

Kepada peminat ulam-ulaman sudah tentu kenal dengan buah ini. Buah kerdas atau nama saintifiknya bubalinum sering dijadikan hidangan pembuka selera apabila dimakan bersama nasi. Kebiasaannya, bau kerdas ini memang agak kuat dan melekat pada bau nafas setelah dikuyah atau selepas memakan buah ini.

Bagi saya, saya sendiri pun kurang minat untuk memakannya disebabkan atas faktor bau tersebut. Saya lebih rela gigit buah petai dari mengunyah buah ini. He.. he. Mungkin anda yang meminati buah ini, faktor bau tentu tidak menjadi masalah.

Jika anda ingin berkongsikan cerita mengenai buah kerdas boleh beri komen di sini. Jika anda pernah melihat pokok ini atau ada menanamnya , diharap dapat kongsikan bersama..

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :33767

Pokok Buah apa ni ?

pokok1

Ada sesiapa yang biasa tengok pokok di atas ni. Pokok ini mempunyai buah yang pernah saya lihat tetapi saya tidak pasti buah apa..

pokok11

Tidak pastilah buah tersebut boleh dimakan ataupun tidak.. Tetapi sekali pandang macam boleh makan je..

pokok111

Kalau ada sesiapa atau pembaca yang arif dan biasa melihat pokok ini, di harap dapatlah kongsikan di sini..

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :31229

Tahukah anda nama pokok ini?

pokok

Semalam saya ada menerima beberapa gambar kiriman oleh saudara Abu Bakar. Beliau bertanyakan nama pokok ini dan kegunaannya. Menurutnya juga, pokok ini dikatakan dapat mengubati kencing manis namun beliau sendiri belum dapat dipastikan..

pokok3

Saya sendiri biasa tengok pokok ini tetapi masih belum dapat namanya lagi. Mungkin anda juga biasa melihatnya.. Jika anda tahu mengenai pokok ini, di harap sedikit sebanyak membantu saudara Abu…

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :33732

Tolong jawab soalan saya !

Semenjak saya menulis Blog lebih dari 2 tahun, pelbagai kiriman email yang datang.. Pelbagai soalan yang saya terima.. Ada yang boleh di jawab, saya akan terus jawab. Tetapi kalau soalan yang memang mencabar, saya terpaksalah menangguhkan dahulu dan ada yang terus saya terlupa terus. Namun, sejak akhir ini, saya tidak mempunyai kesempatan untuk menjawab ke semua persoalan.. Jadi sempena nak masuk tahun baru ni, saya memohon maaf sekiranya anda menanti jawapan yang tak berbalas dari saya.

Oleh yang demikian, beberapa soalan sempat saya copy&paste dari email saya untuk tatapan para pembaca yang budiman. Harapan saya, andai ada di kalangan kita yang memang tahu atau ada pengalaman mengenainya, bolehlah bantu saudara kita yang ingin mengetahuinya.

soalan11
Buat pengetahuan encik fazli , saya masih terlalu baru dan sedang belajar mendalami bidang pertanian ini sebelum saya sepenuhnya menceburkan diri… saya amat berminat dalam projek tanaman serai tetapi kekurangan maklumat dan strategi pemasarannya sedikit kabur untuk saya fahami… seandainya encik fazli dapat berkongsi dan memberi sedikit tunjuk ajar kepada saya bagaimana harus saya memulakan langkah bagi projek tanaman serai ini amatlah saya hargai…  saya memerlukan tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman sebelum saya sepenuhnya mampu berdiri sendiri dan memulakan langkah seterusnya. Kiriman: aswadazreen @ yahoo.com.

soalan2

Saya ingin meminta tolong dari en.fazlisham berkenaan pertanian.. saya nak tahu lebih lanjut tentang pokok delima iaitu dari pembenihan, penanaman, penjagaan serta penyakit.. saya berminat untuk membuka ladang delima.. saya baru bercadang untuk membuka ladang delima ini di kuala nerang kedah.. buat masa sekarang ni saya masih dalam proses research maklumat untuk tanaman delima,limau dan betik secara komersial kerana saya mendapati pasaran tanaman ini boleh pergi jauh. Kiriman:an_serame@yahoo.com.my

soalan3

Sdr Fazlisyam, Jika sekiranya kumpulan petani di kg Kundasang Ranau, akan melawat kestesen Mardi Comeron Highland nak belajar dan melancung kat sana, berapa agaknya belanja satu orang, sampai kesitu. Adakan kami perlu membuat tempahan tempat atau disebaliknya, agak2 10 orang petani yang minat menanam anggur dan epal. Ada potensi tenaman ini dipasar disabah.. Kiriman: madilijakir @ yahoo.com

soalan4

Saya ada satu permasalahan, saya ada menanam pokok brocolli dalam pasu. Pokoknya subur dan sudah berumur 4 bulan. Tapi belum lagi mengeluarkan hasilnya. Sy memohon agar tuan boleh memberi pendapat atau tips untuk mendapatkan hasilnya. Kiriman: maimon.abdkarim@gmail.com

…bersambung,….

Number of View :6300