Salak, dikenali juga sebagai “buah ular” kerana kulitnya yang bersisik, adalah sejenis buah-buahan tropika yang berasal dari Indonesia dan kini telah tersebar luas ke berbagai belahan dunia termasuk Malaysia. Di Semenanjung ia banyak di tanam di Pahang dan Kelantan manakala di Sabah, tanaman salak terdapat di beberapa tempat terutamanya di Daerah Sandakan dan Tawau.
Satu tangkai daripada tandan buah salak boleh mencapai berat antara 1 hingga 1.5 kilo. Buah dituai dengan memotong tandan menggunakan sabit. Buah yang masak boleh disimpan selama 7 hari. Buah ini mempunyai citarasa yang unik, rasa manis kelat dan tekstur yang lembut sekali gigit, menjadikannya popular di kalangan penggemar buah tropika.
Pengenalan Buah Salak
Buah salak berasal dari pokok Salacca zalacca, sejenis palma kerdil yang biasanya tumbuh setinggi 2 hingga 6 meter. Pokok ini memerlukan keadaan tanah yang subur dan iklim tropika untuk tumbuh dengan baik. Sebab itulah Indonesia dan Malaysia, dengan keadaan iklim dan tanahnya, menjadi tempat yang ideal untuk pertumbuhan pokok salak.
Buah salak mempunyai bentuk yang unik, agak lonjong dan bertumpuk, biasanya dalam gugusan tiga hingga empat buah. Kulit buah ini bersisik seperti kulit ular, berwarna coklat atau merah-coklat. Buah ini mempunyai daging yang putih atau putih kemerahan, dengan tiga biji hitam di dalamnya.
Pengedaran dan Penyebaran Buah Salak
Indonesia adalah pengeluar utama buah salak di dunia, dengan produksi tahunan mencapai jutaan tan setiap tahun. Buah ini juga tumbuh liar dan diusahakan secara komersil di beberapa negara lain seperti Malaysia, Thailand, dan Filipina. Meskipun begitu, buah salak masih belum mendapat perhatian yang cukup sebagai komoditi eksport utama dibandingkan dengan buah-buahan lain seperti pisang dan nanas.
Sebuah kajian oleh Badan Penelitian dan Pengembangan Pertanian Indonesia pada tahun 2021 menyatakan bahawa produksi salak di negara tersebut mencapai lebih dari 900,000 tan pada tahun 2020, dengan Jawa Barat dan Bali menjadi pengeluar terbesar.
Citarasa dan Kegunaan Buah Salak
Buah salak mempunyai rasa yang unik menjadikannya popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Buah ini boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan pelbagai jenis makanan dan minuman seperti sambal salak, dan jus salak.
Buah ini juga kaya dengan nutrien seperti vitamin C, kalsium, zat besi, dan potasium. Ia juga mengandungi serat diet yang cukup tinggi, menjadikannya baik untuk sistem pencernaan. Selain itu, buah salak juga diketahui mempunyai sifat antioksidan dan antimikrob yang baik.
Kajian Ilmiah Mengenai Khasiat Buah Salak
Sebuah kajian pada tahun 2017 yang diterbitkan dalam ‘Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine’ menunjukkan bahawa ekstrak salak mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi dan boleh membantu dalam memerangi stres oksidatif dalam tubuh.
Sebuah kajian lain yang diterbitkan dalam jurnal ‘Bioactive Carbohydrates and Dietary Fibre’ pada tahun 2019 menunjukkan bahawa polifenol dan serat diet dalam salak boleh memainkan peranan dalam pencegahan penyakit kardiovaskular dan diabetes.
Number of View :30512
buah ni byk tol kt Sarawak gak…my dad ada tnm 2 pohon..tp xmkn lg hasilnyer..hehe..
hai saye baru kat cni, pulo kapas org swk ke?kenape tak kenalkan buah dabai kat cni?yg bentuknye bujur,berwarna hitam isi kuning terang(rasa lemak).asal pokok tumbuh liar & hanye dpt d tanam d swk.org semenanjung bagi name ni yg pernah merasa buah ni,buah kana,kerana hampir serupa tapi tak sama.
saya kira buah dabai nie, boleh dijeruk macam jeruk buah kana.. di sabah dipanggil kembayau.. eehh respon buat lia je..
buah salak ni mmg sedap lau da ckup masak p saya nak tau gak apa khasiat buah salak ni..lau boleh tolong la beri saya kebaikan tuk makan buah salak ni…plizzzzz
lau ada yg dapat tahu khasiat ni bole tak kongsi ilmu ngan saya tuk tingkatkan ilmu pngetahuan ttng buah ni..plizzzz…
boleh ke kulit salak digunakan untuk rawatan air
akum
siapa yg ada pnyakit drh tggi & diabetis,elok la mkn buah ni..walaupun ia xmenyembuhkan penyakit tu,tp sekurang2nya ia dpt control penyakit tu..
OOO..ini buah sangat ‘bisa’ woo..bagi orang yg ada ghaut jgn sesekali makan..boleh menjadi penyebab membawa maut…dan duri buah dia pun bisa kalau tertusuk jari..
Pesanan penaja…jauhi buah ini kalau yg ada penyakit..
keluarga kami kat kg (pasir mas)dan jiran2 sekampung .ada menanam buah salak ni,selain buat makan sendiri,kami juga jual buah ni .benihnya dari sabah,memang betul buah ni, boleh di buat jeruk,kalau buahnya dimakan yang belum cukup masak,rasanya kelat.kalau cukup masaknya rasanya sangat manis.Tapi,babi hutan biasanya sangat suka makan buah ni.habis lah digondol2nya.rosak habis tanaman.
nak mkn buah ni bagi org ngidam dah x ada masalah gi je kat shopping centre wpun tngah malam esp jeruk
kalau nak buat benih pulak senang je, lepas makan tu bijinya boleh disemai, tapi kena ada ilmu sikitlah
pertama: semai dlm pasir dulu lepas tu alihkan dalam poly beg
kedua: kalu tnm kat kwsn perumahan, naya pokoknye cepat besar, silap haribulan ada kena cucuk duri atau majlis bandaran tebas pokok.
selamat mencube
salak yang paling sedap salak pondok..aku keje bhgn penumpang indonesia..jadi dapat gakla merase buah2 salak ni…salak ni ade dkt indon je kot..die dtg dgn tangkai sekali,pastu salak pndok ni kecik je,kdg2 leper lnjong…memang manis.,lemak…sdap wooo..kalau salak yang besar2 tu biase je..kelat kdg2 masam…
sesape yg tw pasal khasiat buah salak ni, gtw sy cepat2 eh.. mak sy nk tw
ada khasiat untuk pengobatan tidak?
bagaimana cara merawat tanaman salak?
Nie sih pengalaman ya,,
boleh percaya boleh nggak..
Kmaren tenggorokanku sakit klo mau nelan makanan,
Aku makan manisan salak,, sakitnya langsung ilang..
Sumpah ni beneran…
to syawal: salak pondoh..bukan pondok..nama pondoh adalah nama tempat asal salak tu..kebanyakan salak berasal dari indon.contoh salak padang,salak sidempuan, salak padang n paling sedap salak bali…yg bnyk tanam kat malaysia salak pondoh…salak kaya dengan vitamin c n serat…..pokok pun ikut jantina..ade pokok betina n jantan…jgn pelik kalau tanam salak x berbuah..kena ade pendebungaan berbantu..
salam.semua.siapa ada maklumat tentang cara nak tanam salak ni tolong email kat saya k. Nizam0819@yahoo.com
plg suka buah salak ni, yg dlm gmbr tu salak indonesia, warna gelap.. salak kg byk tanam kt rumah sy, dgn mcm2 nama salak, salak nangka, salak ubi, salak jantung,salak kumba warna, bentuk dn rasa berlainan, plg sedap salak madu, yg muda pn dah rasa manis, di kg bermusim, dari bln 10 smpai bulan 1