Setiap pokok di dunia ini dapat dikenali melalui beberapa nama yang diberikan kepadanya. Nama-nama tersebut adalah nama tempatan, nama jolokan atau nama gelaran dan nama botani atau nama saintifik.
Nama tempatan dan nama jolokan bagi satu pokok itu adalah berbeza di antara satu tempat dengan tempat yang lain mengikut selera masyarakat setempat dan boleh ditukar jika diperlukan. Ini menimbulkan ke-keliruan dalam mengenali sesuatu pokok terutama jika melibatkan individu dari pelbagai negeri dan negara.
Bagi mengelakkan kekeliruan itu, satu nama standard telah dicipta yang dinamakan nama saintifik atau nama botani. Nama ini adalah nama khusus bagi setiap pokok di dunia ini dan tidak mudah ditukar. Jika perlu ditukar, ia terpaksa menjalani satu prosedur yang agak rumit. Nama ini diberikan oleh taxonomist dengan berpandukan kepada undang-undang tertentu.
Semua nama untuk setiap pokok di dunia ini dimuatkan dalam satu ensiklopedia dan dihuraikan secara terperinci mengenai pokok berkenaan bagi tujuan rujukan dan penyelidikan. Kebiasaannya, bahasa yang digunakan untuk menamakan pokok ini adalah bahasa Latin. Semua pokok yang mempunyai ciri-ciri yang seakan sama akan dikumpulkan dalam satu kumpulan besar dinamakan famili.
Secara lebih dekat, nama botani mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Perkataan pertama adalah nama genus dan perkataan keduanya pula adalah nama spesies iaitu nama yang khusus diberikan untuk pokok berkenaan sahaja.
Selain dari itu, terdapat juga nama yang ketiga dalam nama saintifik pokok tertentu seperti var. yang bermaksud variety, iaitu merujuk kepada caltivar atat satu kepelbagaian pokok yang wujud melalui proses pe nanaman dan tidak wujud di alam semula jadinya Manakala perkataan hibrid pula bermakna pokok itu hasil dari kacukan dua jenis spesies dari genus yang sama. Pokok terbaru yang dihasilkan itu tidak wujud di alam semula jadinya.
Kesimpulannya, nama-nama yang disebutkan di atas dihuraikan seperti di bawah ini
Bunga kebangsaan kita iaitu bunga raya dikenali dengan beberapa nama berikut:
Nama saintifik/nama botani: Hibiscus rosa-sinensis
Nama tempatan: Bunga Raya
Nama jolokan/gelaran: Shoe flower (Bunga Kasut), Chinese Hibiscus
Famili: Malvaceae.
Dalam contoh di atas, Hibiscus adalah nama genusnya sementara nama spesiesnya ialah rosa sinensis,
Asas nama spesies sesuatu pokok itu diberikan berasaskan kepada perkara berikut:
– Ciri-ciri pokok berkenaan seperti daun kecil (microphyllum), bujur lebar daunnya (oblongifolia) dan sebagainjj
– Orang yang menemukan atau membuat kacukan pokok berkenaan. (Renanthera Kalsom)
– Negeri atau negara asal pokok berkenaan (japonica) atau nama tempat. Sejenis orkid dinamakan Renantam Shah Alam
– Nama pemimpin atau nama orang kenamaan. Dua jenis bunga raya dinamakan Hibiscus rosa-sinen:
‘Dr. Mahathir’ dan Hibiscus rosa-sinensis ‘Dr. Siti Hasmah’.
–

segalanya di tunjuk jari anda….