Durian, dikenali sebagai “Raja Buah”, adalah salah satu buah yang paling diminati di Asia Tenggara. Untuk mendapatkan hasil durian yang berkualiti tinggi, ada beberapa aspek penting dalam penjagaan pokok durian yang perlu diberi perhatian:
1. Peringkat Awal Sangat Kritikal:
Peringkat awal pembesaran pokok durian adalah masa yang kritikal. Tempoh 2 tahun pertama dalam penanaman sangat perlu dititikberatkan.
2. Pemilihan Benih yang Betul:
Memilih benih yang berkualiti adalah langkah pertama untuk mendapatkan hasil yang baik. Benih yang berkualiti akan menjamin pertumbuhan pokok yang sihat dan hasil buah yang baik.
3. Teknik Penanaman yang Betul:
Teknik penanaman mempengaruhi pertumbuhan akar dan pembesaran pokok. Ini termasuklah memastikan struktur tanah yang baik, kedalaman penanaman yang betul dan jarak antara pokok yang sesuai
4. Pengairan yang Tepat:
Pengairan yang konsisten dan mencukupi sangat diperlukan, terutama semasa musim kemarau.
5. Pengetahuan Berkenaan Pengurusan Perosak:
Serangga, dan penyakit boleh merosakkan buah dan daun durian. Pengetahuan tentang perosak dan teknik pengendalian yang sesuai adalah penting.
6. Cantasan:
Pemangkasan atau cantasan membantu meningkatkan pengudaraan dalam pokok, memudahkan penyelenggaraan dan meningkatkan hasil buah.
7. Pengurusan Nutrien:
Pembajaan adalah aspek penting dalam penjagaan durian. Penggunaan nutrien yang sesuai dapat meningkatkan kesuburan tanah, meningkatkan kesihatan pokok, dan menghasilkan buah yang lebih berkualiti
Kesimpulannya, penjagaan pokok durian memerlukan perhatian rapi dan dedikasi. Dengan mematuhi aspek-aspek penjagaan yang dinyatakan, pengusaha durian dapat mengharapkan hasil yang berkualiti tinggi.
Number of View :572