Alpinia Merah atau nama saintifiknya Alpinia purpurata tergolong dalam famili Zingiberaceae. Tumbuhan ini sangat popular dengan panggilan red ginger kerana bunganya yang berwarna merah sangat menyerlah. Jenis herba yang hidupnya berumpun ini yang dikatakan berasal dari kepulauan Pacific dan Maluku. Gambar ini saya rakamkan di sekolah Presint 11, Putrajaya.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Bunga Alpinia Merah keluar di hujung pucuk dan pada satu jambak bunga terdapat banyak bunga. Kebiasaannya, pokok Alpinia ini dijadikan tanaman hiasan bagi menaikan seri sesuatu kawasan. Pokok ini lebih sesuai ditanam di kawasan yang redup atau terdapat naungan cahaya. Ia memerlukan tanah yang sentiasa lembap bagi memastikan pokok ini hidup subur.
Terdapat beberapa kajian yang menyatakan tumbuhan ini mengandungi ciri-ciri antioksidan, antimikrob, dan antikanser. Di Trujillo, Venezuela, pokok Alpinia juga boleh digunakan untuk merawat gejala batuk. Di Hindia Barat pula ia ada dilaporkan bagi merawat masalah perut.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :10931