Urang aring

Urang aring ialah sejeni tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan yang agak lembap.ia sejenis herba tahunan yang termasuk dalam kumpulan dikot.Cara pembiakannnya melalui biji benih dan keratan batang. bunganya yang kecil dan berwarna putih menyerupai bunga daisy hingga ia juga di panggil false daisy.

Kegunaan:

Urang aring terkenal sebagai herba yang digunakan untuk rawatan kecantikan rambut. daunnya yang dilumatkan dicampur dengan minyak dan dilumurkan pada rambut dikatakan dapat membantu menyihatkan, menghitam dan mengilatkan rambut dan membantu pertumbuhan semula rambut.Dalam perubatan ayurveda urang aring juga digunakan untuk rawatan hepatomegaly (pembesaran hati),luka, ulcer, tekanan darah tinggi,anorexia dan sakit kepala.Jus urang aring yang dicampur dng madu diberikan kepada kanak-kanak untuk membantu masalah pernafasan(Nadkarni 1976, 470; Kirtikar and Basu 1993, 1362). Untuk kegunaan luar pula, daunnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat bengkak, buasir. Selain itu bensky dan Gamble pula mengatakan pokok ini mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keupayaan buah pinggang dan hati.menurut mereka ia juga boleh digunakan untuk merawat pening, vertigo dan , pandangan kabur dan uban sebelum masa.Menurut kaedah perubatan cina untuk meningkatkan “Yi” ia digunakan juga untuk merawat masalah “darah panas” yang mengakibatkan simptom seperti batuk berdarah,hidung berdarah, najis bercampur darah dan muntah dan kencing berdarah(Bensky and Gamble 1993, 365).

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :8425

9 comments

  1. bolehkah anda menghantar tentang manfaat bunga
    urang-aring,melur,orkid,kekwa,dan bunga kantan

  2. Anda mengalami gangguan hama seperti rayap,tikus,kecoa,
    dan hewan terbang lainnya yang dapat menimbulkan
    berbagai macam penyakit.GLOBAL PEST CONTROL solusi terbaik untuk
    membantu anda memberantas hama tersebut.
    Dengan teknologi canggih dan pelayanan yang baik
    yang menjamin kepuasan anda.

    untuk info lebih lanjut kunjungi situs http://www.globalpestcontrol.co.cc/
    office: JL. Raya Juanda,Ruko Permata Juanda B72 Juanda Surabaya
    Telp and Fax : 031 8671229
    Email: obc@telkom.net

  3. ini ‘rmput’. tmbuhny stompok stompok dlm bntuk bulatn. wp mjalar tp x jauh sgt perginy. kt tpt lama sexy dulu ia tumbuh di ladang kacang tanah/jagung. kdg2 ada kt sklling rmh/ spjg jln. arwah nenek (kami miskin) slalu masak (sexy bkn x pndai msk tp nk jaga tgn. he2!) pucukny d + pucuk2 lainny + bwg putih n lada hitam + air dlm periuk mgunakn dapur kayu. (arwah sgt sygkn sexy, smoga rohny dicucuri rhmt Allah). melalui arwh nenek n datukla sexy kenal herba n pkk pelik2 ni + tengkuk biawak (anda prnh tngok?)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam