March 19, 2024

pokok

Pokok ini aku jumpa masa melawat di salah sebuah tempat di Terengganu dahulu. Pada pandangan aku memang pokok ni menarik, tetapi tak tahu pula nama pokok ni.. Rasa macam adik beradik atau family tanaman orkid.

pokok2

Ada ke yang menanam pokok ini di rumah? Boleh la tolong beritahu saya nama pokok ni.

Ada satu lagi pokok di bawah ini !!

pokok3

Pokok ini seakan-akan pokok Roselle tetapi batangnya lebih panjang dan  berduri. Bunganya pula lebih menarik daripada bunga roselle. Menurut tuannya ia tumbuh liar. Tidak tahu asal-usulnya. Mungkin juga berasal dari tanah tinggi. Buat sebagai tanaman hiasan pun menarik juga.

pokok4

Kalau ada sesiapa tahu atau biasa melihat pokok ini, diharap dapat dikongsikan bersama..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :40596

12 thoughts on “Unidentified Plant : Pokok Apa ni?

  1. pokok ni kat rumah saya ada…ingatkan dulu pokok roselle tp mak ckp bkn.nsib baik bunga die xkene blend…
    pokok liar tp sng hdop kat umah orang.

  2. kalau batang dia kaler merah tu pokok asam paya….tapi yang ni saya nampak sebijik macam pokok ganja je…betol,macam daun ganja sebijik….

  3. saya rase pokok kenaf..tapi bukan varieti G4 (bunga kaler krim) yg biasa ditanam di malaysia ..kenaf is hibiscus cannabinus..roselle xingt la..tapi hibiscus gak….pokok kenaf dlm mase 3 bulan dah boleh tinggi 4 meter….

  4. Pokok yg bunga putih itu ada saya tanam lama dah tetapi nama juga tak tahu, Saya rasa ia spesis orkid. Akarnya menjalar di tanah dan akan mengeluarkan sulur pokok baru atau anak pokok. Ia senang hidup dan membiak, tetapi mahukan tempat teduh untuk subur.

  5. Salam. Tumpang tanya, saya nak tanam pokok yg boleh menghalau nyamuk. Ada 2 jenis yg saya tau boleh:- pokok marigold@ada orang yg menggelarnya bunga tahi ayam juga tapi bukan jenis bunga sejambak yg kecik2 tu, ni jenis bunga sekuntum, sekuntum yg warna kuning/oren kuat tu & sejenis lagi ada jiran tanam, tapi panggilannya pokok halau nyamuk. Dia tak tau nama lain atau nama saintifiknya. Daunnya macam berbaldu, hijau je, setau saya takde bunga & jenis renek. Bila dipegang, baunya macam bau marigold tapi lagi kuat/mengit baunya. Boleh sesiapa tolong saya? TK banyak2.

  6. Salam. Kalau saya tak silap nama pokok bunga yang berwarna putih, Orkid Batu. Ia adalah sejenis orkid yang boleh ditanam ditanah, saya ada menanamnya dirumah

  7. ini laa orkid tikus memang spesis dia blh hidup diatas tanah…..klu kt dlm hutan spesis ini tumbuh kt celah batu ditepi caruk@sungai kecil…..memang cantik bunganya….

  8. Itu bukan pokok kecubung , pokok kecubung daunnya lebar macam daun terung bulat,tangkai daunnya warna ungu gelap buahnya bulat berduri boleh buat kopi untuk tidurkan orang ,manakala daunnya yang kering dijadikan rokok bagi penghidap resdung yang kronik, dulu mak saya ada tanam ,tapi sekarang susah nak cari benihnya . pokok yang bunga putih tu memang orkid batu , saya pernah tengok di pameran orkid di ipog satu masa dulu ,mase tu memang geram melihat pelbagai jenis orkid, paling cantik orkid yang bunga besar kelopaknya,dan yang menarik okid ribu-ribu dan orkid rama-rama banyak sangat bunganya tau

  9. 1. MENGKIPAS TANAH
    Xiphidium caeruleum
    Caribbean lily (English); camotillo de palma, carmina de sierra, cola de gallo, cola de paloma, corrimiento, espadana, manito de Dios, palma bruja, palma del norte, palmita, ponderosa, Orkid tikus @ jerangau sarawak

    2. KENAF
    Hibiscus cannabinus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam