March 19, 2024

ubi-yacon

Salah satu makanan atau sayuran unik yang anda boleh jumpa di Cameron Highlands ialah Ubi Yacon. Saya tidak pasti sejak bila ia ditanam atau ada dijual di Cameron namun ini kali kedua saya membelinya di sana. Harganya ketika itu RM6/kg.

Ubi Yacon atau nama saintifiknya Smallanthus sonchifolius dikatakan berasal dari Colombia, Ecuador, dan Peru. Kini dikatakan telah popular ditanam di Jepun, Korea dan China.

yacon-root

Saya sendiri belum pernah berjumpa dengan pokok Yacon. Daripada rujukan gambar; pokoknya seakan menyerupai pokok bunga matahari terutamanya apabila ia mengeluarkan bunga. Terdapat beberapa jenis atau varieti ubi Yacon berdasarkan bentuk ubi dan warna. Ketinggian pokok mencapai sehingga 5-8 kaki bergantung pada jenis varieti.

Saya pernah bertanya pada penjual, adakah ia sememangnya ditanam di Cameron Highlands atau diimport dari China. Jawapannya, memang ia ada ditanam di Cameron Highlands. Ini disokong dengan beberapa rujukan, iaitu pokok ini dikatakan sangat sesuai ditanam pada iklim sederhana panas. Ubi Yacon boleh dituai selepas 6-7 bulan ditanam.

yacon-flower-3

Yang menariknya tentang ubi Yacon ini ialah ia tidak seperti jenis ubi-ubi yang lain seperti ubi keledek, ubi kayu atau ubi kentang yang perlu dimasak terlebih dahulu. Ubi Yacon boleh dimakan terus setelah dikupas kulit luarnya. Isinya sangat berjus dan manis seakan makan buah lai atau buah pear.

yacon

Antara kelebihan ubi ini ialah ia mempunyai kalori yang rendah dan sangat sesuai pada mereka yang mengamalkan diet. Begitulah serba sedikit info tentang Ubi Yacon. Ingin tahu lebih lanjut boleh baca di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :50106

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam