March 28, 2024
ubi-keledek Tahukah anda Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi. Penggunaan keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau dibiak dahulu untuk mendapatkan keratan yang sama umur dan masa pembiakannya selama 50-60 hari. Kemudian batang yang telah dibiak perlu dipotong menjadi keratan berukuran 20-30 cm. Kebanyakan jenis ubi keledek boleh dipungut 3-4 bulan selepas ditanam.Daun dan batangnya perlu dibuang sebelum ubi dipungut. Cangkul tanah disisi batas agar ubi digali dengan mudah. Ubi kemudian dipungut dan dikelas mengikut saiz untuk tujuan pasaran. Selain daripada kegunaan sebagai makanan, keledek juga mendapat tempat dalam perubatan tradisional, khususnya untuk mencerahkan mata dan mengubati bisul.Ubi keledek yang manis rasanya, juga baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata. Ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan sejenis protein dikenali sebagi musin.Ia menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga.Sementara itu, daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditempekkan ke mata bisul yang telah merening.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :25818

6 thoughts on “Ubi keledek

  1. Hmm…teringin jugak nak tanam ubi keledek/ubi kentang. Manis! Tapi takde tempat dah kat belakang rumah. Dah buat search, planting in containers – ramai yang suggest guna dustbin, atau pun guna aje plastik sampah hitam di rumah yang ditebuk tebuk. Macam idea yang bagus. Ada sesapa nak try dulu? 🙂

  2. Ambik pucuk ubi (dlm 10 -15 pucuk).. yg elok2 laaa… basuh bagi bersih. Masukkan kedalam periok . Masukkan air, bawang merah ( 2 -3 keyoi) yg telah hiris masukan kedlm periok tsb. Campoq garam sikit. masuk ayaq separuh periok tsb. Letakkan atas dapoq, idup kan api.. biaq sampai ayaq tsb mendidih. Tutup api dan masukkan semua tuu dlm mangkok. makan sama nasi… jadi laa sayoq pucuk ubi keledek… best ooo. makan pulak dgn ikan masin/ kering ada pulak sambai belacan. Kalau ada mertua lalu kat belakang pun.. dah lupa…

  3. Saya ada stok keledek sbyk 20 tan yang baru dicabut tp masih belum dijual. Ada sesapa yang leh carikan pemborong utk saya. Yusri (012 6791492)

  4. Pernah cuba tanam…alhamdulillah…menjadi….boleh lah untuk makan sendiri????
    Pucuknya memang boleh dibuat sayur…sedapp rasanya??

  5. Pernah cuba tanam…alhamdulillah…menjadi….boleh lah untuk makan sendiri????
    Pucuknya memang boleh dibuat sayur…sedapp rasanya??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam