March 19, 2024

ubi-itik

Di Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian jenis ubi, kadang-kadang ada yang tidak pernah dengar namanya. Biasa yang kita lihat ialah ubi kayu dan ubi keledek. Namun, bagi penduduk di kawasan pantai timur, ubi itik memang tidak asing lagi. Sebelum ini saya pernah menulis artikel pendek mengenai ubi ini dan ramai yang baru pertama kali melihatnya  hairan dengan rupanya yang unik. Bagi yang pernah makan ubi ini, ada yang memberi komen ubi ini juga digelar ubi torak namun ada yang menyangkalnya kerana ubi torak mempunyai rasa yang berbeza. Ada juga yang tidak menggemari ubi ini kerana ada kalanya ubi ini mempunyai rasa sedikit rasa pahit dan isinya juga sedikit berurat. Ubi itik juga dikatakan sukar menjadi empuk apabila direbus. Namun, cara yang boleh dilakukan ialah menoreh dahulu di bahagian luar kulit sebelum direbus.

ubi-itik2

Penulis berkesempatan mendapatkan ubi itik untuk dijadikan benih. Tujuannya ialah bagi melihat rupa sebenar pokok ini (foto atas). Pokok ini hidup menjalar dan memerlukan kayu pancang untuk menjalar. Daun seakan daun sirih dan mempunyai batang yang berduri. Menurut sumber yang sempat saya temuramah, ciri batang yang berduri inilah yang membezakan di antara ubi itik dan ubi badak. Sejauh mana kebenaran ini penulis belum dapat pastikan lagi. Tanaman ubi itik ini dipercayai mengambil masa selama 6 bulan bagi mendapatkan hasilnya dan yang menariknya ubi itik ini mempunyai musim menanam dan musim menuainya yang tersendiri. Benar atau tidak, anda sendiri boleh memberi komen.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :24865

6 thoughts on “Ubi Itik

  1. ubi itik, ubi tok rok (bukan torak) dan ubi badak adalah ubi-ubi yg berlainan. Harap maklum. Istilah tok rok itu maksudnya tak larat. Ubi ini kalau ditanam akan mendapat hasil yg banyak bagi sesuatu pokok sehingga tak larat nak angkat! Itu yg dinamakan begitu.

  2. Apa yang saya faham, di Terengganu ada ubi dipanggil ubi torak (torak ia lah alat yang dignakan dalam tenunan. Selain dari ubi ada juga satu kuih dipanggil tepong torak) Ada dua jenis ubi torak:torak telunjuk, ubi nya lurus, tidak bercabang. Torak itik ubinya berjari kat hujung seperti kaki itik. dua jenis torak ini hampir serupa….

  3. saya suka mkn ubi ni,,,,setelah di rebus buang lapisan pahit tu dulu baru di makan rasa ubi ni manis n enak,,

  4. Di Terennganu dan Kelantan banyak ubi ini. untuk membezakan antara ubi torok dan torok itek adalah ubi torok kulit ubi tu berbulu dan seakan2 berduri warnanya agak gelap sedikit manakala torok itek agak kekuningan dan tidak berbulu. Di Terengganu dua2 ubi ni adalah torok kerana rupanya yang hampir sama . rasa ubi torok itek agak pejal berbanding ubi torok biasa. Ini diterangkan kepada saya oleh penanam dan penjual ubi itu sendiri. manakala ubi badak@ubi besar memang besar sungguh2 dan di Terengganu dipanggil ubi gajah@ubi besar. 2 jenis jugak iaitu 1- isi warna putih dan 2- isi warna ungu.

  5. Good info. Saya ni pertama kali baru dengar dan tengok. Maklumlah orang Bandar Saujana Putra. Man tau tanam dan makan ubi ni. Ibu kayu tau. Buat serawa sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam