Ubi gadung- Dioscorea daemona

Ubi gadung atau Dioscorea daemona sejenis ubi yang tumbuh membesar di dalam tanah. Masyarakat Melayu menamakannya ubi gadung manakala di Thai digelar kloi dan orang Filipina memanggil nami. Menurut penyelidikan, pokok ini berasal dari India Barat tetapi telah tersebar luas ke Asia Tenggara yang hidup liar di hutan sekunder, belukar dan biasanya juga ditanam di taman.

Ubi gadung adalah tumbuhan beracun dan satu-satunya tumbuhan liar yang boleh hidup dalam apa jua keadaan cuaca. Ia boleh hidup bertahun lamanya dan amat sukar untuk mati. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang hidup menjalar dan memanjat serta boleh memanjang hingga 20 meter dengan batangnya yang berduri.

Sebenarnya ubi ini boleh dibezakan dengan ubi yang lain melalui bentuk daunnya. Ubi beracun ini mempunyai daun berbentuk hampir tiga segi yang tidak bercantum antara satu sama lain. Bunganya amat jarang ditemui tetapi jika ada, ia akan tumbuh di bawah daun dengan warna kekuningan dan berbau wangi.

Isi atau ubi tumbuhan ini membesar di dalam tanah seperti ubi kayu dan keledek. Di dalam satu liang, terdapat beberapa biji ubi dan bentuknya agak bulat serta berkulit keras nipis. Kulitnya berwarna coklat kekuningan dan isinya pula kuning keputihan. Namun begitu, apabila ubinya terlalu tua dan kulitnya telah bertukar warna menjadi kehijauan, ia mengandungi kuantiti racun yang tinggi. Saiz ubi gadung boleh membesar hingga mencapai beberapa kilogram.

Tanda-tanda keracunan

Kesemua bahagian tumbuhan ini beracun terutama ubinya. Ubi ini kaya dengan kanji yang mengandungi alkaloid dioscorin beracun dan ia hampir sama dengan alkaloid dioscoricin. Terdapat kes yang telah direkodkan melibatkan keracunan ini iaitu selepas seseorang memakan secara mentah ubi daripada ubi gadung. Hanya sebahagian ubi gadung sebesar sebiji buah epal sudah memadai untuk membunuh si pemakannya.

Alkaloid yang terkandung dalam ubi ini dapat menyebabkan radang kerongkong, pening kepala, muntah darah, kesukaran untuk bernafas, mengantuk dan keletihan. Kematian biasanya berlaku kira-kira 6 jam selepas memakan ubi gadung ini. Namun begitu, bagi mengelakkan ubi ini daripada beracun, ia perlu dimasak selepas dibuang alkaloid dengan merendam ubi gadung ini selama 3-4 hari.

—————————————————————————————Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

Number of View :14300

38 comments

  1. Boleh kah saya dapat tahu khasiat atau kelebihan yang terdapat pada ubi ini.
    Sekian terima kasih
    Zul

  2. ubi ni memang beracun jika tidak tahu kaedah mnghilangkan racunnya.ia perlu dihiris nipis dan direndam dalam air yang mengalir selama beberapa hari bagi membuang sagunya yang beracun.selepas itu dikukus dan dimakan bersama kelapa parut bergaram.baunya yang kemasaman itu yang membuatkan rasanya unik dan pernah mejadi penyambung nyawa orang-orang kampung masa zaman jepun….

  3. kat kg sy ada lg pokok ubi gadung ni tapi xde sapa nak buat sebab agak renyah…mengikut cerita orang yang pernah mabuk makan ubi ni(mungkin sagunya masih ada dlam ubi)pandangan akan jadi berpinar,bila tengok pokok ke,kereta ke….ada satu tapi nampak dua….hehe bahaya tu…! ubatnya plak,dulu2 orang makan buah cenderai……tau buah cenderai?

  4. Ubi gadung batangnya berduri ubinya dipangkal malah boleh kelihatan tersembul diatas permukaan tanah.Walaupun ianya mabuk tetapi kalau kena gaya diproses hasilnya boleh dimakan atau dibuat bedak menghilangkan jeragat. Untuk membuat bedak, ubi dikupas kemudian disagat seperti kelapa parut kemudian campur air sedikit ramas untuk keluarkan sagunya( amaran sila pakai sarung tangan semasa mengupas atau meramas kerana getah ubi gadung sangat gatal ). Setelah memerah tapis dan buang hampasnya. Masukan air biasa dengan banyak kedalam air tapisan tadi dan kacau. Biar semalaman.Keesokannya tepung ubi gadung akan mendap kebawah. Buang air dibahagian atas sebanyak mungkin kemudian masukan semula air dan kacau. Proses ini perlu dilakukan 5 hari berturut-turut bagi menghilangkan racun. Setelah selesai buang air tepung yang mendap itu diperah untuk mengeluarkan lebihan air. Untuk itu 2 helai kain batik jawa diperlukan kerana tepung ubi gadung sangat halus daripada bedak sejuk tepung pulut. Baunya agak hanyir serta kekuningan dan setelah yakin air dikeluarkan, tepung ubi gadung dipecahkan kepada ketulan kecil dan jemur dibawah sinaran matahari dan anda akan dapati tepung yang dijemur tadi akan menjadi putih melepak serta tidak lagi berbau. Setelah kering tunggu hingga sejuk baru masuk kedalam bekas kaca dan sebagainya disyorkan dalam bekas tersebut letak bunga melur atau bunga cempa. Kalau kurang yakin boleh hubungi saya ditalian 019-5118191 johari

  5. Terima Kasih jentayu kerana memberi info yang menarik mengenai ubi gadong ini.. Biasanya ubi gadong ni banyak di tanam di mana?

  6. Jarang orang menanam ubi gadung kerana ia bersifat racun serta batang berduri. Saya pernah mengambil ubi gadung di Kawasan berdekatan Muzium Arkeologi Lembah Bujang Merbok, Kedah

  7. Salam,

    Tk silap sy,saya pernah mkn ubi ni masa bujang2 dulu.Masa tu ayah & arwah mak yang proseskan.Maklumlah mereka mmg teror bab2 makanan asli ni. Orang lama..hehe..

    Mmg kena rendam 2-3 hari then apa lg ntah kena buat utk hilangkan racunnya. Tapi rasa dia mmg sedap. Kalo yg tk pandai nk proses tu jgn lah dicuba2..sbb racun ni.

    Seronok jugak sbb sy pernah mkn ubi ni dulu. Kalo org sekarang rasanya tk tahu nk proses camne.

    Best a blog ni. Mmg sy respek tul empunya blog ni. Kagum saya. Byk info menarik kat sini. 🙂

  8. sesiapa yang tahu dimana nak dapatkan ubi gadung ini sekitar Kl la, sbb saya tengah megidam nak makan ubi gadung dengan kelapa dan pulut spt yang diberitahu oleh chah.tq

  9. boleh tak sesiapa bagi tau kat mana nak dapatkan ubi gadung di kwsan mersing saya nak beri makan pada ayam hutan.org kata nak tangkap ayam hutan guna ubi gadung

  10. akum

    di cni ubi ni d kenali sbgi ubi ara…sya bnyk tanam ubi ni..sesiapa yg berminat tentang ubi ni bole contact sya,012-4762511…

    p/s:sesiapa yg xtau cra2 nk proses ubi ni,jgn wat pandai2..klu mkn ubi yg msh ada racun tu,penawar dia najis kita sndiri..jd klu xsure,jgn wat2 pndai..xkan kta nk mkn najis kta sndiri,btl x?

    salam

  11. salam. Ubi gadong juga dikenali dengan nama ubi ara.Ubi ni memang beracun tapi ia boleh dijadikan makanan setahun sekali.Pokok menjalar dan batang berduri ini akan mati setahun sekali macam pokok getah yg daunnya gugur setahun sekali.Waktu ni sekitar dec-feb bila pokoknya mati(mupus) racun kurang aktif dan ubi bolih dituai.Ubi dikupas kulit dan disagat nipis.Ubi yg telah disagat diperap bersama jumlah garam yg banyak selama 24 jam.Selepas tu ubi ditoskan dan dibasuh bersih dan dikukus hgga masak.ubi kukus tadi digaul bersama kelapa parut dan dimakan bersama ikan asin.Sy dah buat cara ni dan ok, tak payah rendam2 kat sungai sampai 2-3 ari. Petua utama ialah ambil ubi dari pokok yg dah mupus dan rendam semalaman dengan garam yg banyak .InsyaAllah .

  12. mak sedara sabit sy pandai msk ubi gadung. sy kenal jer pkk nih. daun, btg n mmnjat mcm pkk sirih tp btgny bduri. sexy x reti n x brani nk proses ubiny smpai blh dmakan. lg plk x sesuai dgn ‘sexy’ kaaaan. he2!

  13. zaman saya kecil dulu ibu saya menceritakan ubi gadung ini banyak terdapat tumbhuh liar dikawasan kampung tinggal. Peroses ubi gadung caranya direndam di tempat air mengalir iaitu anak sungai. Tanda tidak beracun lagi apabila ikan-ikan mula datang makan ubi tersebut. Maka ubi tersebut dibersihkandan dikukus makan bersama kelapa, sperti pulut rasanya. saya belum pernah merasanya.

  14. saya memerlukan ubi gadung untuk research..
    perlu sumber yang agak banyak..

    sesiapa boleh tlg, contact saya 0136741497
    tq

  15. Di Terengganu banyak terdapat ubi gadung ni dan menjadi kegemaran YAB menteri besar Trg, Dato’ Hj Ahmad b Said. Kini pelbagai kajian telah dibuat di sebuah Universiti Terengganu ini bagi mengkaji kaedah terbaik untuk mengkomersialkan ubi gadung. di katakan ubi gadung ini boleh dibuat ubat bius dan boleh membesarkan payudara.

  16. Ubi gadong nie kalau kat tempat saya dimakan masa musim banjir, di masak bersama pulut dan digaul bersama kelapa. Sebelum dimasak ubi gadung direndam dalam air selama 3-4 hari atau pun dipotong nipis2 dan dijeruk dalam tempayan. Tapi selalunya yang dah siap dimasak masih ada dijual di pasar Tanah Merah.

  17. Ubi gadong yang selalu dimakan yang sedap ialah ubi gadong pulut yang isinya bewarna kuning,memang sedap tp dengan cara yg betullah.

  18. biasa dengar cara pmprosesannya tapi x pernah buat sendiri…kpd yg teringin nk makan ubi gadung ni,hati2 sikit..klu x kena gaya boleh memudaratkan..tanya pada yg pakar…

  19. Betul kata En Sabri, ubi gadung seeloknya dituai semasa daunnya gugur untuk kurangkan kadar racunnya. Ubinya dihiris nipis, dimasukkan ke dalam bekas atau guni dan direndam di air mengalir seperti parit atau sungai. Untuk pastikan racunnya telah tiada, masukkan beberapa ekor anak ikan (kat kg saya, ikan sempilai biasanya digunakan) ke dalam bekas rendaman ubi tadi untuk beberapa ketika. Jika ikan itu tidak mati bererti racunnya sudah hilang. Ubi tadi bolehlah diangkat untuk dibasuh dan seterusnya dimasak untuk dimakan.
    Tapi zaman sekarang ni usahkan ubi gadung, ubi keledek pun budak-budak dah tak berapa nak makan!!

  20. ubi gadong ni sy pernah tgk masa zaman knk2 dlm 3 guni maksedara sy rendan dlm sungai setelah di hiris nipis2. itulah pertama kali sy tgk n rasa jakun sampai berguni2. memandangkan sy di besarkan di kl sy x pernah cuba memakannyadan di marahi nenek kerana x mau mencuba tetapi sy suka menolong mrk menghiris ubi ini bygkan 3 guni. sy pun x tau semua ubi2 pelik ni ada di kg ubi badak,itik,keling,sarek, gadong. ubi2 antik ni sy panggil spesis ubi kuno kerana sblm tu sy x pernah tgk. tp skrg jgn xtau ubi itik n keling ni la paling sy suka n akan sy beli setiap kali balik kg di pasir puteh kelate….uh uh uh

  21. ubi sarek ni pulak dulu ada dibelakang rumah sy ayah yg tanam. sy dengar cerita orang tua2 suka tanam ubi ni sebab takut spesis ubi ni akan pupus. jadi mrk akn tanam la dlm 3-5 pokok di sekitar rumah. begitu juga di rumah pakcik2 sy. sy suka juga mengkaji n mengetahui tentang ubi2 kuno ni menarik. ada 1 spesis lagi ubi pahit. zaman knk2 sy suka petik ubi ni untuk baling2. ubi ni tumbuh di bahagian dahan yg menjalar sy x pasti boleh makan ke x. pendek kata memang bestla mengetahui tentang spesis ubi ni. bagi yang berminat dgn ubi2 ni jgn risau anda blh datang ke k.b n di pasar siti khatijah byk terdapat ubi2 antik ni tapi bergantung pada musin jugakla.

  22. mgkin ubi pahit yang moti009 maksudkan itu adalah ubi yang org kg saya kenali sebagai ubi Tum(xtaula apa maksud Tum tu..)…Pokoknya menjalar dan memanjat seperti pokok pokok kacang botor..Ubinya keluar sebagai buah..Rupa ubinya seiras ubi kentang.Kalau ubi itu mmg boleh makan.Biasanya dimasak kari bersama ikan @ ayam.Rasanya hampir sama dgn kentang tetapi teksturnya agak liat dan tak segebu empuknya kentang

  23. i pernah mkn ubi gadung ni masa kecik2 dulu…nenek yang buatkan,digaul bersama kelapa parut,rasanya waduh…………..memang sedap!! smpai skrg i still tercari-cari siapa yg pndai buat,teringin sgt nak mkn…klu ada tlg bgtau,nk contact org tu…

  24. Salam… apa yang chah ceritakan tu mmg betul.. masa zaman sekolah dulu sy kerap mkn ubi gadong ni.Sedap mkn dengan kelapa parut. Yang pandai prosesnya hanya isteri arwah bapa sedara sy (dia pn dh arwah jugak.. Al-Fatihah). Pokoknya byk tumbuh dlm kebun getah ayah. Memang beracun – memabukkan.. Lepas proses, bagi test ayam mkn dulu… kalau ayam tu jln melelong2, x payah mkn ler… Dh lama x mkn, coz x de sape lg yg pandai nk proses & payah lak tu..

  25. assalamualaikum
    Awal januari hari tu saya dapat ubi mentah dari sik kedah.Ubi dikupas tebal dan disagat kemudiam diperap garam selama 48 jam.Ubi ditos bersih dan kemudian direndam dengan air mengalir selama 24 jam.Saya gunakan air paip .InsyaAllah selamat dan sama rasa macam proses traditional.
    Sasu dari ubi gadong ni amat berkesan bagi pengidap resdung atau yang banyak jerawat.

  26. chah, penawar nya ialah buah cenderai tp mcm mna nk membuatnya? mak sya telah memakan ubi gedung tu dan dia tidak tahu ubi tu beracun. thankyou 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam