Tumbuhan herba jadi tanaman hiasan

POKOK Misai kucing adalah sejenis tumbuhan herba yang hidup meliar di tepi jalan dan pinggir hutan. Kini ia mendapat tempat sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik serta boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter.Di samping misai kucing juga mendapat tempat yang istimewa kerana pokok ini dipercayai mengandungi nilai perubatan yang boleh merawat beberapa jenis penyakit.

Ia mempunyai mempunyai batang berkayu, segi empat agak beralur, beruas, bercabang banyak berwarna hijau keunguan dan sedikit berbulu.

Daunnya jenis bertentangan, berbentuk bujur telur, berwarna hijau kebiruan dan bergerigi di tepi.

Bunganya bertingkat panjang dalam jambak dan berwarna putih atau ungu yang muncul di hujung pucuk yang berbentuk seperti misai kucing.

Buahnya didapati di dalam bunga. Tumbuhan ini boleh dibiakkan dengan cara semaian biji atau keratan batang.

Untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik, pokok ini memerlukan tanah lembap yang mengandungi bahan organik tinggi.

Keratan batang sangat mudah bertunas apabila disemai tetapi memerlukan bahan semaian yang sentiasa lembap.

Pokok ini memerlukan cantasan sekali-sekala untuk mendapatkan pertumbuhan yang rimbun.

Kegunaan dan khasiat misai kucing

1. Untuk membantu merawat penyakit kulit, daunnya diramas dan ditampal pada bahagian kulit yang mengalami masalah.

2. Air rebusan pokok ini digunakan untuk membantu merawat penyakit batu karang pada pundi kencing.

3. Air rebusan daunnya bersama pokok dukung anak diminum untuk membantu merawat sakit buah pinggang.

4. Air rebusan daunnya bersama pokok hempedu bumi diminum untuk membantu merawat kencing manis.

5. Air rebusan daunnya bersama kulit betik diminum untuk merawat kebas-kebas sendi.

6. Air rebusan daunnya bersama kayu manis dan sedikit gula batu diminum untuk mengubati batuk.

7. Air rebusan daun misai kucing diminum untuk merawat darah tinggi dan untuk melawaskan buang air kecil.

FAKTA:

Cara menanamnya

· Tumbuhan ini boleh dibiakkan dengan cara semaian biji atau keratan batang.

· Keratan batang sangat mudah bertunas apabila disemai tetapi memerlukan bahan semaian yang sentiasa lembap.

FAKTA:

Misai kucing

· Nama Lain: Kumis Kucing,

· Nama Saintifik: Orthosiphon stamineus.

· Famili : Labiatae.

· Boleh merawat penyakit kulit, manakala air rebusannya boleh bantu rawat batu karang.

· Air rebusannya bersama pokok dukung anak boleh merawat sakit buah pinggang.

· Air rebusannya bersama pokok hempedu bumi boleh rawat kencing manis.

· Air rebusannya bersama kulit betik boleh sembuhkan kebas-kebas sendi.

· Air rebusan daunnya bersama kayu manis dan gula batu boleh ubati batuk.

· Air rebusan daunnya diminum untuk rawat darah tinggi dan lawaskan kencing.

Number of View :5014

3 comments

  1. cara nak beli misai kucing cara borong. saya bercadang nak memulakan ubatan berdasarkan herba . terima kasih

  2. can you tell me what are the special things about this pokok misai kucing…i need the information as soon as possible to complete my assignment.thank you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam