Tomato

Tomato (Lycopersicum esculentum Miller) dari keluarga Solanaceae merupakan antara jenis sayur buah yang penting di dunia, la dipercayai berasal dari banjaran gunung Andes di Amerika Selatan dan kini penanamannya telah meluas di semua negara beriklim tropika dan subtropika.

Di negara ini, Tomato lebih sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi (lebih 1000m), Walaupun begitu, terdapat juga kultivar-kultivar Tomato yang boleh ditanam di tanah rendah Suhu yang sesuai untuk tanaman Tomato ialah 18-32°C dengan jumlah hujan 460 mm semusim, Kawasan pengeluarar utama Tomato di Malaysia ialah di Cameron Highlands, selair Johor dan Selangor untuk kultivar tanah rendah.

Kepentingan kualiti
Perubahan gaya hidup dan kehendak pengguna masa kin meningkatkan cabaran kepada pengeluar hasil pertanian untuk mengeluarkan produk yang bukan sahaja menepati kehendak dari aspek fizikal dan citarasa, malah juga selamat untuk dimakan. Selain dibungkus dengan sempurna, hasil pertanian perlu bebas dari sisa baki racun perosak dari memenuhi tahap kualiti fizikal yang dikehendaki pasaran.
Untuk mencapai tahap kualiti ini, Tomato perlu dikendalikan dengan sebaiknya bermula dari amalan ladang, pengendaliar lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran. Penuaian perlu dilakukan pada tahap kematangan yang optimum yanc kebiasaannya 12-15 minggu dari menyemai atau 8-9 minggu selepas mengubah, Tomato selalunya dituai apabila ia matang pada tahap 2 atau 3 kerana ia mudah berubah warna terutamanya untuk perjalanan yang jauh tanpc menggunakan lori sejuk. Dalam keadaan suhu biasa, Tomato masak boleh disimpan selama 2 hari. Bagaimanapun, tempoh simpanan boleh dipanjangkan sehingga 1-2 minggu jika disimpan pada suhu 5-10°C dengan kelembapan relatif 90-95%.

Number of View :4697

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam