|
Tips Kesihatan
Makanan Dan Hikmahnya Dalam
Islam
Roti (khubz)
Roti yang paling
bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak
dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk
sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila
memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah
dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti
dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan
tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai
penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap demam.
Biji hitam (habb al
sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w.
pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana
biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati".
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa
"ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus
dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan
penyakit selesema.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda,
"Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada
bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau
tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk
menghapuskan parut yang tidak diingini.
Limau
Limau kulit tebal, warna
kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad
s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:
bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ
hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada
kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran
dalam hempedu.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah
mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat
lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah
bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun
titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba"
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang
terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan
dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda
kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana
sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin
kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat
alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang
bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis
minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu
penghadaman dan memanaskan badan.
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika
umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli
dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu
pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit
perut(memulas).
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai
berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila
dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit
birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam
genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat
pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang
itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta
penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri
mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang
dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.
Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu
yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam
musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer)
dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).
Anda Nak Cari duit
sampingan?
|