|
Tips Kesihatan
Tips
Kesihatan 1
Kesihatan adalah nikmat ke-2
selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu
mahalnya nikmat tersebut.Sebenarnya Islam lebih
advance dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.
Rasullulah tidak pernah sakit
perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut
diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan
sakit perut atau keracunan makanan....
Jangan
makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH ( KOKTEL )
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN
BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa Yang Tinggal
Makan Malam Dia
Akan Dimakan Usia & Kolestrol Dalam Badan Akan Berganda.
Tips
Kesihatan 2
KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK
MERAWAT AIR?
Air untuk kegunaan manusia
mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan
penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri.
Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal
penyebaran penyakit bawaan air.
Para
pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman
sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat
keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk
memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus
lebih dari 20 minit pada
suhu 100ºC.
Tips Kesihatan 3
KEPENTINGAN AIR BERALKALI
Pemakanan yang tidak sihat
seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan
gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya
hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan
sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh
tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi
dengan meminum banyak air beralkali.
Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai
untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh
badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali
dan mengandungi banyak mineral. Sudah tentu ada hikmah
kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali.
Tips
Kesihatan 4
SARAPAN PAGI KUATKAN OTAK
PETUA orang tua-tua, untuk kekal
sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan.
Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Kajian terbaru
menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati
kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif dan
memiliki daya tumpuan lebih baik.
Pemilihan sarapan, terutama
yang kaya karbohidrat akan membekalkan tenaga,
Selain itu, pengambilan sarapan ada kaitan rapat dengan
kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan
memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih
cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung
mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu
untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat
kerja.
Tips
Kesihatan 5
Memilih Makanan Yang Sihat
Memilih makanan yang
sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk
kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Berikut
adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan
sebanyak mungkin.
Donat
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang
kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan
trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran
arteri.
Nugget ayam
Makanan ini penuh dengan lemak yang biasanya menyebabkan
darah tinggi untuk orang dewasa.
Kentang goreng
Mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit
mengandungi vitamin.
Kerepek atau keropok
Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori
kosong.
Minuman perisa buah
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus
buah, bakinya adalah air dan pemanis. Zat-zat dalam jus buah
akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi,
makanlah buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah
sendiri.
Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia
mengandungi hampir 10 sudu gula. Malah,
kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang
dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh
kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.
Anda Nak Cari duit
sampingan?
|