Tip mengdiagnosis masalah pokok hiasan

Ramai yang mempunyai masalah dengan pokok hiasan di rumah. Mungkin ramai yang tidak tahu apa masalah pokok kesayangan mereka apabila melihat pokok hiasan tersebut tidak subur atau tidak menarik. Di sini saya akan memberi beberapa tips ringkas untuk mengenalpasti masalah pokok hiasan anda..

Tip mengdiagnosis masalah pokok hiasan dalam pasu :
Simptom masalah kekurangan air:
• Daun kelihatan cepat layu
• Pertumbuhan daun yang lambat
• Saiz daun lebih kecil
• Daun bawah menjadi kerinting dan tepi daun berwarna
perang dan kering
• Daun bawah cepat luruh
• Bunga gugur cepat
• Media kelihatan kering

Simptom masalah berlebihan air :
• Daun yang lemah
• Terdapat bintik busuk (lecur) pada permukaan daun
• Pertumbuhan daun tidak menarik
• Hujung daun berwarna coklat
• Daun keriting dan menguning
• Bunga berlumut
• Daun tua dan muda gugur serentak
• Akar reput
• Permukaan media berlumut

Simptom masalah kekurangan baja :
• Pertumbuhan yang perlahan
• Batang pokok yang lemah
• Daun kecil, pucat dan menguning
• Daun bahagian bawah gugur lebih cepat
• Bilangan bunga yang sedikit atau tidak berbunga
• Terdapat tanda nekrosis atau nekrotik

 Simptom masalah berlebihan baja
• Daya tahan kepada penyakit dan serangan berkurangan
• Pertumbuhan vegetatif yang berlebihan
• Warna daun yang lebih gelap
• Pokok tidak berbunga
• Terdapat bintik putih pada pasu jenis tanah liat dan di atas media
• Terdapat tanda terbakar

 

Number of View :6899

One comment

  1. tolong saya say minat semua jenis pokokbunga keluarga paku. masalahnya nk tau depa perlukan lokasi camna dan intensiti cahaya yn gimana. tanam dalam pasu. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam