Timun Betik

titigantung

Cuti hari minggu yang lalu sempat singgah di gerai buah-buahan yang terletak di Titi Gantung, Perak. Memang selalu singgah di situ membeli jagung setiap kali pulang ke kampung. Kali ini sempat berkenalan dengan buah Timun Betik. Sebelum ini pernah berjumpa tetapi tidak pernah bertanya.

timun-betik

Kata makcik di atas ni, buah ni diambil di Tapah. Biasanya buah ni sedap dibuat jus iaitu dikisarkan dan dicampur dengan susu. Sehingga kini, saya masih belum mencubanya lagi. Kalau makan begitu sahaja, bagi saya tidaklah semanis mana. Mungkin ia belum cukup masak agaknya. Disangkakan rasa seperti tembikai susu tetapi rupanya tidak.

timun-betik2

Kalau merujuk kepada Blog-blog yang lain, buah timun betik memang jarang dimakan secara segar sebaliknya dijadikan masakan atau minuman. Antaranya seperti Timun Betik Bersantan atau dibuat serawa, iaitu dengan mencampurkan santan, garam & air gula merah/melaka.

timun-betik3

Ada sesiapa yang pernah  makan timun betik ini, diharap dapatkan berkongsikan sesuatu disini. Mana tahu ada sajian lain yang orang lain tidak tahu.

Number of View :12567

14 comments

  1. Salam…kg kat mana? saya dok bota. selalu jugak gi titi gantung tu, beli buah2an dan kerepek pisang/ubi.
    timun betik tu, saya pun tak biasa makan. tapi kakak ipar (org padang tenggala) kata dia biasa makan masa kecik2 dulu… makan dgn santan. selalunya dlm bulan puasa. agaknya sebab tu bila dekat ramadhan ni, buah timun betik ni byk dijual. kalau tak, mmg jarang nampak dijual.

  2. EEmm…timun ni memang best,rasanya lemak ala-ala gebu gitu! ia memang tak semanis tembikai sebab tu kat pantai timur kami makan bersama gula melaka atau nise(tak tau camana nak eja) atau gula biasa pun boleh juga…best!!!!!!…

  3. Saya tak tertarek dengan timun betik di atas,tetapi asyik merenongkan wajah Makcik yang bertudong ungu.Emak siapa agak nya?Mak Cik kelihatan begitu tenang sekali duduk memperdagangkan dagangan nya.Mudah mudahan Mak Cik di lanjutkan usia dan di murahkan rezki oleh Allah Taala.Salam sejahtera saya buat Mak Cik bertudong ungu.

  4. salam…
    dah lama tak tengok buah ni…kalau x silap isi buah ni agak wangi…selalunya makan dengan santan dan air gula melaka…awat la kat alor setaq susah nak jumpa ….

  5. kat terengganu ni lagi la jarang jumpa. kalau ada jual kat tepi2 jalan tu biasanya harga dia pasti mahal. timun betik ni merupakan kegemaran ayah saya, biasala… makan dengan santan.

  6. Timun betik merupakan buah yang amat sedap kalau kena cara membuatnya. Timun ini masih banyak dijual di tepi-tepi jalan di daerah Setiu (Jln Pantai) terutama di musim kemarau spt skrg ini.
    Di Indonesia, ianya dipanggil timun suri dan sangat popular di makan di bulan puasa. Ianya dikatakan dapat menyejukkan badan secara dalaman.
    Resepi paling senang untuk menikmatinya adalah dengan memakannya dengan mengerok isinya dengan sudu kemudian ditambah susu pekat + susu cair + sirap + ais. Tambah santan dan agar-agar hitam pon boleh (optional). Mmmm… satu mangkuk pasti tak cukup!!!

  7. Buah timun betik biasanya enak dimakan mentah, dipotong kiub dan campur dengan santan bermasak, pemanisnya bolehlah gula melaka, gula merah atau gula pasir; seperti yang saudara sebutkan sebagai serawa. Tanda merekah bahagian kulit menunjukkan buah sudah cukup masak dan sangat sesuai untuk dimakan. Pokok timun betik ini biasanya ditanam di datan berpasir atau pulau/betingpasir di Sungai Perak. Ada juga petani di Kedah menam di sawah selepas musim menuai. Enak juga dibuat jus bercampur susu.

    Kiriman>ahmad sobri>asisnr@yahoo.com.sg

  8. Buah timun betik ni samasekali berbeza dari timun susu (honey dew) dan seangkatannya dari segi tesktur dan baunya. Teksturnya peroi apabila masak ranum. Kulitnya pula akan merekah hingga keisinya. Buah yang baik berwarna hijau kekuningan dan bercula (berjalur kuning). Baunya wangi.

    Betul lah tu cara memakannya..gula atau gula melaka, santan dan sedikit garam. Saya kira kita boleh juga gunakan susu cair atau susu soya untuk menggantikan santan bersama ketulan airbatu

  9. Buah ni tak le manis dimaka mentah. Isinya gebu & lemak bila masak & kalau dah ranum akan merekah . Bau nya wangi. Pokok tumbuh menjalar.Selalunya ditanam dibatas-batas sawah. Bagi yang tak tahan sejuk/bisa-bisa sendi/ tulang tak digalak makan. Yang muda dibuat sayur air & yang masak dibuat mcm cocktail + susu/santan + gula melaka. Boleh juga didapati sepanjang jalan Kuala selangor ke Sg. Besar.

  10. memang sedap sgt2 buah ni..RUGI kalo siapa x pnh rasa/makan nya…cara mkn nya sama spt dlm komen2 yg di atas.. saya x akan lps peluang kalo terjumpa org menjual nya d tepi2 jln.. di tepi jln sblh kiri, dari kuantan ke pekan pahang,di kg ubai sering ada org menjual nya.
    sila la cuba mkn kpd yg blom pnh mencubanya..

  11. timun betik susah sangat nak jumpa kat kl. tapi bila balik kg kat bota Ya Allah bertimbun2. Sedap sangat buat jus. Selalu mak saya buat serawa. Atuk suka sangat

  12. Sesiapa yang tak pernah cuba makan buah ni.. Saya sarankan cubalah..sangat sedap.. Simple saja.. Potong kiub.. Tuang susu cair.. Air gula merah.. Ais kiub.. Wallla.. Best sangat.gebu jer rasa.. And wangiiii gitu..

  13. buah ni dimakan bersama santan@susu dan gula (nak gula gula merah pun ok) + ais . selalunya separuh saya akan blend..dah separuh lagi potong kecil2…masukkan santan n gula..sedap baq hanggg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam