March 19, 2024

Teratai penyeri kolam buatan

TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam.

Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut.
Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya.

Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas.

Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tradisi dan kebudayaan hidup rakyat negara itu.

Antara pokok teratai yang mendapat pasaran dunia ialah lysimachia, nuphar luteum, potamogeton natans, lemna minor, hydrocharis (boleh diperoleh di negara ini), eichhornia crassipes (keladi buncis), nymphoides peltata dan nympheae stellata (Sri Lanka).

Masyarakat di Thailand terutama penduduk di Songkla dan Hadyai begitu peka terhadap perkembangan dan keperluan seni taman sentiasa menghargai tanaman ini sebagai tumbuhan air yang menguntungkan apabila menembusi pasaran antarabangsa.

Sumber alam yang hidup di kawasan becak terutama di pinggir sawah dan kawasan berpaya dijaga dengan baik termasuk melakukan pembajaan agar spesies teratai yang mampu menyerlahkan keindahan daunnya.

Tanam dalam pasu

KAEDAH konvensional iaitu menanam teratai di dalam pasu yang ditenggelamkan di dalam kolam kecil di anjung atau laman rumah. Ada juga yang menanam dalam pasu besar berair.

Kreativiti mereka terbukti berjaya apabila kaedah yang diwarisi sejak turun temurun itu membuahkan hasil yang baik.

Pokok dapat membiak, hidup subur dan mengeluarkan bunga yang menarik berbanding hidup secara terbiar dan terapung di sawah padi.

Mereka menggunakan pasu berukuran 20 sentimeter (sm) tinggi untuk menanam induk teratai dengan kandungan tanah lumpur setinggi 10 sm dan lapisan batu kecil setinggi lima sm pada paras bawah pasu sebelum direndamkan di dalam kolam empat persegi berbentuk seperti kolah.

Anak pokok ditanam menggunakan kaedah sama dengan menggunakan pasu berukuran 10 sm dengan kandungan tanah lumpur setinggi lima sm di mana paras bawah pasu diletakkan batu kecil setinggi 3 sm sebelum direndam ke dalam air yang cetek.

Kaedah sama turut digunakan untuk menanam pelbagai jenis rumput air yang dikenal pasti dari keluarga lalang untuk dijual bagi keperluan hiasan kolam.

Kaedah ini boleh dilihat dengan lebih dekat di pusat pembenihan bunga di negara ini di mana baka teratai dijual dengan menggunakan pasu yang sudah ditutup lubang bawahnya dan sentiasa digenangi air.

Tanam dalam bakul

 

TERATAI yang boleh dibiakkan dengan menggunakan rizomnya juga boleh ditanam menggunakan bakul yang dicipta khusus untuknya. Pertumbuhan akar akan subur apabila campuran tanah yang diperlukan pokok disediakan termasuk pembajaan yang mencukupi keperluan.

Walaupun ditanam secara rendaman di dalam air, teratai masih memerlukan siraman berbentuk semburan kasar secara berterusan. Langkah ini akan membolehkan liang udara pada daunnya tidak ditutup oleh debu.

Bakul yang dicipta khas tidak perlu disokong dengan bata supaya percambahan akar tidak terbantut dan daunnya tidak akan reput kerana mampu terapung di permukaan kolam.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :14464

6 thoughts on “Teratai penyeri kolam buatan

  1. saya sgt suka mkn sup ayam+akar(ubi) teratai.Selalunya kat pasar orang cina je suka beli akar teratai ni.Balik kg sy suruh mak korek pokok teratai kat tali air.tapi korek punya korek sampai sudah tak jumpa ubinya itu….Ada sesiapa yang pernah tanam atau tau kat mana ubi teratai tu tumbuh?mungkinkah jauh dari perdunya @ umur tertentu pokok yang ada ubinya…tq

  2. Pokok Teratai cukup indah. Banyak ditemui dikawasan lombong terbiar atau kolam buatan yang tidak berapa dalam.Kalau dilihat seolah-olah terapung macam pokok kiambang tidak boleh hanyut kerana ia tumbuh didasar kolam. Jika anda pernah ke Taman Tasik Taiping jalan menuju ke Zoo Taiping pasti anda akan melihat pemandangan bunga teratai mengembang. Kaum Buddha menjadikan bunga teratai ini bunga suci yang mana dewa meraka duduk ditengah-tengah kelopak teratai. Buah teratai boleh dimakan rasanya lemak. Dalam kuih bulan juga ditaruh biji teratai selain telur masin.

  3. saya juga peminat pokok teratai..err lotus. kalau nampak saja pohon teratai saya akan cari bijinya. Pertama kali saya cari bijinya di A Formosa waterpark..banyak pokoknya dalam kolam disitu. Kemudian terjumpa pulak paya penuh dengan lotus di Paya Indah wetland. juga saya ambik benihnya tapi tak berjaya membiakkannya. yang terahkir saya ambik benih di kolam pejabat pertanian cheras (dekat sungai long). Saya cuba semaikan di dalam pasu berair. Kini setiap hari saya perhatikan percambahan benihnya. Amat menakjubkan pertumbuhannya. Benih cambah didasar air akan mengeluarkan sulur yang melonjak kepermukaan air. Selagi tidak sampai kepermukaan air, daunnya tidak terbuka dan terus bergulung.

  4. em..bwt u all yg taw sal teratai leh xkongsi ngn sy?sy tgh bwt research sal teratai..sy nk taw ape khsiat bjih teratai..besenya, org cina yg sllu mkn..pleaz!smbody help me???!!!!

  5. Salam….

    Biji bunga teratai sesuai utk menyejukkan badan. Ambil beberapa biji teratai dan direbus sehingga mendidih dan minumlah air rebusan ini secara perlahan2 stlh airnya suam. wajib mnum secara perlahan-lahan. Minum sekali sehari shj sehingga bdn kt terasa sejuk.

  6. jiran selorong ada tanam pokok teratai dan telipuk, baru-baru ini berbunga,sungguh cantik.Jadi nak letak gambar bunga teratai dan telipuk dalam blog saya. Nak tahu apa khasiat teratai selain kecantikannya yang menghiasi taman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam