Tepus tanah

Tepus tanah, sejenis tumbuhan dari keluarga halia biasa dijumpai dikawasan hutan hujan tropika.Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian hingga tujuh kaki. Sama seperti tumbuhan lain dalam keluarga ini daunnya menyerupai daun halia namun saiznya agak besar sedikit. Tepus tanah mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah apabila kembang sepenuhnya.Tepus tanah membiak dengan cara pecahan rizom dan biji benih.Bunganya banyak dijual sebagai bunga keratan untuk dijadikan gubahan bunga.

kegunaan:

Dalam perubatan melayu tradisional dauntepus biasanya ditumbuk lumat hingga menjadi pes dan dijadikan ubat untuk mengurangkan bengkak

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :11897

5 comments

  1. Umbut(isi batang yang masih lembut) sedap dijadikan ulam dengan merebusnya terlebih dahulu.Kalau susah nak dapat tapi nak tau rasanya,ambik je umbut pokok lengkuas…sedap dijadikan ulam dan berkhsiat plak tu untuk panaskan badan…

  2. bukan ke umbut pokok tepus nih kalu org termakan skali ngan ikan seluang boleh membawak maut?? tolong betulkan kalu pemahaman saya berkenaan perkara ini salah.

  3. Assalamualaikum…

    Tepus tanah ni dgn tepus kesing sama ka?? Kalau kat kpg saya di perak panggil tepus kesing .. selalu nampak kat dusun2 tepi sungai..campur dalam asam pedas sedap..

    Membiak dan selesa di kawasan2 bernaung di bawah pokok besar dan sejuk/lembab..kat kpg2 byk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam