Temulawak

temulawak1

Sekali padang, rupanya seperti pokok kunyit dan temu pauh, namun yang membezakannya dari segi ketebalan daun dan rasanya. Temulawak banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Antaranya;

1. Digunakan sebagai agen pencegah penuaan dan penawar sakit puan – banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik

2. Dapat mengubati penyakit2 seperti reumatoid dan kesakitan otot, demam , batuk, masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.

3. Dapat menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
4. Dapat mengatasi buasir, masalah kerengsaan pada rektum, berak berdarah dan disentri.

5. Dapat merawat masalah sembelit.

6. Dapat merawat masalah keputihan dan jangkitan kult seperti Candida albican pada vagina wanita.
7. Dapat merawat kencing manis, gastrik dan gas berlebihan dan melancarkan penghadaman makanan
Cara rawatannya ialah 3 – 9 gram rizom segar direbus sekejap dan dimakan setiap kali sebelum makan.
8. Ia juga dapat mengubati kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan.
9. Rizomnya sedap dibuat ulam dan acar.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :10895

16 comments

  1. jika dilehat daripada gambar temu lawak ini, daunnya seakan kunyi biasa. Saya ada pokok temu lawak tapi ditengah daun nya ada garisan kemerahan1 Isi ubinya warna kuning dan berbau hengit. Adakah sama? saya juga ada jenis temu yang daunnya hijay seperti knyit tapi isi ubinya puteh, daun hijau tapi tak berbau wangi seperti kunyit. Apa nama pokok ini? tx

  2. memang ia seakan kunyit.. cuma temulawak ni biasanya besar sedikit saiznya dari kunyit biasa.. yg membezakan mungkin pada bunganya..dan isinya..

  3. Saya ada benih temulawak yang berwarna (ubinya) orange (kunyit), unggu dan berwarna kuning air. Saya sedang mencari yang berwarna putih…kalau anda perlukan gambarnya sila e-mai; kepada saya. Saya akan buat tiga jinis pokok temu lawak ini.

  4. beberapa blan sya pernah terkena batuk yg teruk, makan ubt hospital dh kebal, smpai telan sebotol krana dh tk tertahan sngat gatalnye tekak smpai trbatuk2 susah nk brnafas. leps tu trtido & batuk dtg semula.. sya prgi singseh cina, dia kata sya trkena pru2 sejuk & bnyak angin. kebetulan ada org bgi temu lawak utk tnam, sya sje2 cuba mkn yg muda buat ulam, tk lama lepas mkn batuk sya alhamdulillah semakin reda la…

  5. adakah temulawak dpt mengubati penyakit hepatitis c? Dan bagaimanakah cara utk menggunakan temulawak utk mengubati hepatitis?…Tlg bri jwpan scepat yg mungkin dan email kpd saya di (lessler75@yahoo.com.my)utk jwpan..trima kaseh.

  6. saya nak tanya…kat mana saya boleh cari pokok ni…sbb now saya tgh buat master and thinking nak wat researh tntg pokok ni…..so harap2 sgt…blh tlg saya mana nak cari pokok ni.plisss. 🙂

  7. salam,……kat rumah banyak ditanam pokok temulawak….kunyit putih, kunyit api/kunyit merah dan kunyit hitam….umbi temu lawak boleh dibuat ulam….kalau nak buat research..sebenarnya pokok ni banyak ditanam di kampung2 dan banyak diguna dalam kosmetik….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam