March 28, 2024
TEKNOLOGI sejukbeku di negara ini bukan sekadar diaplikasikan untuk sektor makanan sejuk beku seperti roti canai, kuih pau dan roti prata. Teknologi baru itu kini diterokai oleh pelbagai pihak untuk mengetahui pelbagai kebaikan hasil daripada penggunaan teknologi tersebut. Malah, melangkah setapak ke hadapan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini mengorak langkah untuk mencuba teknologi tersebut. Dan hasilnya, jangan disangka bahawa buah durian boleh didapati di luar negara seperti Australia, Singapura dan China. Pengarah Kanan FAMA Wilayah, Ahmad Ishak ketika ditemui berkata, terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan bagi menyediakan durian sejuk beku. Katanya, proses pertama ialah sewaktu penerimaan dan pemilihan sampel. Durian yang sering digunakan bagi tujuan sejuk beku ialah D24. Setiap biji durian yang melalui proses ini perlu diteliti bagi memastikan tidak ada yang rosak ataupun tidak menepati piawaian yang ditetapkan. “Antara kriterianya ialah buah tersebut sudah masak dan mempunyai kualiti yang sesuai untuk pemprosesan, durian tersebut juga mestilah yang baru jatuh dan jangka masa terbaik ialah tidak melebihi enam jam. “la diiangkut menggunakan lori sejuk (10-12 darjah) Celsius atau pada waktu cuaca agak sejuk seperti malam, petang atau awal pagi,” katanya yang ditemui di Kompleks Sejuk Beku, di Tangkak, Johor, baru-baru ini Tambah Ahmad, setiap sebiji buah durian ia mampu menghasilkan 10 peratus isi. Ujarnya, buah tersebut perlu dibersihkan dengan menggunakan berus dan jet air sebelum ia dirawat dengan mencelupkan ia ke dalam air berklorin dan dikeringkan supaya pembiakan mikrob seperti yis, bakteria dan kulat dapat dikawal. Semasa melalui peringkat pemprosesan, buah berkenaan perlu dikeraskan (Wast/reeze^pada suhu -38 darjah Celsius sehingga isi dan biji durian mencapai suhu -30 darjah Celsius. Tempoh untuk mendapatkan suhu tersebut, menurutnya adalah bergantung kepada kekuatan dan suhu iaitu sekitar 45 minit sehingga dua jam. Selepas itu buah berkenaan di masukkan ke dalam penyejuk bersuhu -18 darjah Celsius. Menceritakan lebih lanjut, Ahmad berkata, durian yang telah melalui peringkat pemprosesan akan dibelah dan diambil isinya sebelum ditanggalkan ulas dan empulurnya dengan menggunakan pisau sesuai dan tidak tajam. Proses seterusnya ialah memvakum buah tersebut sebelum dipindahkan ke dalam penyejuk dan disimpan pada suhu -18 darjah Celsius. Ujar Ahmad, sehari sebanyak tiga ribu hingga enam ribu biji buah durian dapat diproses. Bilik sejuk beku tersebut mampu memuatkan 200 tan metrik durian segar pada satu-satu masa dan 100 tan metrik isi durian. Ditanya mengenai bekalan bahan mentah, Ahmad berkata kesemua buah-buahan segar diperolehi dari kawasan Muar, antaranya di Pagoh, Tanjung Selabu dan Bukit Kepong. Bagi mendapatkan buah durian yang berkualiti, FAMA bukan sahaja membuat pemilihan tetapi petani yang turut menjual buah durian kepada mereka diberi penerangan tentang buah yang berkualiti. “Kami selalu melaung-laungkan slogan supaya golongan petani menghantar hasil kebun mereka yang elok-elok sahaja. Jangan hantar barang yang rosak kepada kami. “Penerangan ini penting bagi membolehkan para petani mengetahui spesifikasi buah yang baik untuk tujuan sejuk beku tersebut,” katanya. Dalam pada itu, pihaknya turut menfokuskan untuk melakukan nilai tambah buah-buahan bermusim dan tempatan dengan menggunakan kaedah yang sama Ujarnya, bidang sejuk beku ini memberikan peluang yang luas kepada banyak sektor makanan terutama sektor pastri dan kek. …dipetik dari agrobiz Utusan Malaysia
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :9341

1 thought on “Teknologi Sejuk Beku Durian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam