March 28, 2024

Minyak pati ialah sejenis minyak meruap dan beraroma yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan secara sulingan. Bahagian tumbuh-tumbuhan di mana minyak pati boleh diperolehi termasuklah bunga, buah (kulit), daun,biji, akar atau keseluruhan tumbuhan. Minyak pati biasanya digunakan di dalam industri wangian dan kosmetik terutama bagi penghasilan minyak wangi, penyegar udara, bahan cucian dan mandian, aromaterapi, minyak urut, balm dan sebagainya. Minyak pati juga berguna di dalam industri makanan sebagai bahan perisa dan bauan seperti minyak pudina di dalam gula-gula, minyak cengkih dan kayu manis di dalam minuman ringan.

Tanaman untuk penghasilan minyak pati

  1. Nilam (6-7 bulan tuaian pertama )
  2. Serai wangi (7-8 bulan tuaian pertama)
  3. Serai makan (6-8 bulan tuaian pertama )

Teknologi penghasilan minyak pati

  • Bahan mentah
  • Proses pemilihan dan pembersihan
  • Proses pengisaran
  • Pengisian ke dalam tangki penyulingan
  • Proses penyulingan
  • Wap beraroma disejukkan melalui kondensor
  • Pengumpulan bahan estrak
  • Proses pengasingan minyak dan air
  • Penulenan
  • Penganalisaan kualiti minyak pati
  • Perolehan Minyak Pati Tulen

Rujukan : MARDI Kuala Linggi

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :8375

4 thoughts on “Teknologi Minyak Pati Tumbuhan

  1. tolong perkenalkan saya tentang pokok nilam yang terkenal untuk bikin minyak wangi sejak dahulu kala lagi.

  2. minyak pati serai peha ayam berapa harga seliter dalam pasaran? di mana boleh dijual? En sulaiman tolong jawab. TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam