Tanaman Kailan – Brassica alboglabra

kailan

Kailan merupakan sejenis sayur daun yang bernilai sederhana tinggi dan digemari ramai. Ia dipercayai berasal dari kawasan Mediteranean, tetapi kini ditanam di kebanyakan negeri beriklim tropika dan sederhana. Di Semenanjung Malaysia, kawasan pengeluar utama kailan ialah Johor diikuti oleh Melaka, Perak dan Pulau Pinang.

Bahagian kailan yang dimasak atau digoreng ialah batang, daun dan pucuk. Kailan boleh juga dimakan dari peringkat pokok muda sebagai baby kailan ataupun di peringkat hampir berbunga. Bagaimanapun, ia lazimnya dimakan di peringkat sebelum berbunga.Kailan adalah sejenis tanaman herba semusim yang tumbuh sehingga 40 cm tinggi di peringkat vegetatif dan boleh tumbuh sehingga semeter di peringkat berbunga. Semua bahagian vegetatif adalah glabrous dan glaucous.

kailan2

Kailan sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai suhu di antara 23°C hingga 35°C dan kelembapan yang tinggi. Bagaimanapun hujan terlalu banyak boleh menjejaskan tanaman dari segi kualiti sayur. Ini kerana kerosakan daun boleh berlaku dalam keadaan hujan lebat.
Kailan sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah. Kesesuaian topografi dan sifat-sifat tanah untuk tanaman tersebut adalah seperti di Jadual 3. pH tanah yang sesuai ialah diantara 5.0 – 6.5. Sekiranya pH tanah di bawah nilai 5.0 pengapuran perlu dilakukan untuk meningkatkan nilai pH yang sesuai dan seterusnya meningkatkan kesuburan tanah. Penggunaan bahan organik diperlukan bagi tanah pasir.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :8430

4 comments

  1. Salam..
    Saya nak tahu bagaimana untuk menyukat kesuburan dan kesesuaian sesuatu jenis tanaman dan bagaimana untuk meningkatkan kesuburan tanah?
    sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam