Tanaman Bunga Semusim

petuniapinkwave

Asal-usul ianya dinamakan tanaman semusim ialah kerana ia mempunyai kitaran hidupnya yang singkat sahaja iaitu semusim sahaja bagi negara yang mempunyai empat musim dalam setahun seperti banyak negara Eropah seperti United Kingdom, Perancis dan sebagainya. Ini bermakna ia hanya boleh hidup dari anak benih, membesar, berbunga (jika jenis tanaman berbunga) dan mati selama masa tiga hingga empat bulan sahaja. Namun yang unik mengenai tanaman jenis ini ialah penampilan warna bunga atau daun pokoknya memang cantik dan menarik dalam masa sesingkat itu.      Untuk mendapatkan pameran yang berpanjangan kita perlu menanamnya semula untuk melalui kitaran hidupnya seperti tersebut di atas. Dengan menggunakan tanaman jenis ini juga kita boleh mempelbagaikan pameran dari segi warna, bentuk, tekstur,corak dan mungkin juga bauannya di taman kita.
Kebanyakan tanaman ini pula sebenarnya berasal dari negara asing atau dikenali seba-gai tanaman eksotik di mana benihnya diimport dari negara luar tetapi ia boleh hidup di negara kita ini jika diberikan keperluan dan penjagaannya. Di antaranya adalah seperti berikut:
Pokok Berbunga:- Contohnya seperti pokok bunga balong ayam atau Celosia,Pelargonium, Cosmos, Petunia, Zinnia, Tagetes atau bunga tahi ayam, Torenia dan sebagainya.
Malah terdapat jenis kacukan yang mengeluarkan bunga pelbagai warnanya yang lebih unik, cantik dan menarik lagi.
Pokok Berdaun:- Terdapat beberapa jenis pokok berdaun yang boleh diklasifikasikan sebagai tanaman semusim.
Di antaranya seperti pokok ati ati atau nama saintifiknya Solenostemon atau Coleus, Alternanthera dan sebagainya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :28377

4 comments

  1. Saya sangat berminat dengan pokok ini.Kerana ia memerlukan kesabaran kita pada mulanya,penjagaan yang rapi akan menghasilkan hasil yang membanggakan!

  2. kalau gmbr yg d tnjukkn kt atas 2, plg ptg kena siram pg n ptg terutama jika cuaca panas. buang bunga yg layu. pangkas bhgian bwh agar llbh rimbun/bulat bntukny. jika ada rezeki, blh tahan btahun2.

  3. Petunia ialah pokok bermusim yang paling saya suka. walaupun susah dijaga tetapi hasil yang bakal diperolehi adalah sangat memuaskan. Petunia tidak memerlukan bahan organik yang banyak tetapi sangat bergantung kepada cara menjaganya.

    Tips yang biasa diberikan kepada penjaga petunia ialah membuang bunga yang layu setiap hari. Ini kerana bunga yang layu akan menutup permukaan daun dan batang petunia dan seterusnya menghalang phosintesis , memangkin pertumbuhan kulat serta mematikan keseluruhan pokok dalam masa 2-3 hari.

    Penyiraman yang betul juga sangat dititik beratkan. petunia tidak sukakan air yang banyak kerana air yang banyak akan membawa keluar semua baja dari medium tanaman. Cukup sekadar menyiram sehingga tanah menjadi lembab dan pastikan tidak menyiram sehingga air keluar dengan banyak di bawah pasu.

    Petunia juga sangat sensitif terhadap air hujan dan kelembapan yang berterusan. Kelembapan yang tinggi menyebabkan daun menjadi busuk seterusnya pokok akan mati.

    Sebolehnya gantung petunia di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang sederhana, mempunyai aliran udara yang baik (tidak lembab). tidak terkena hujan yang lebat serta mendapat baja bunga cecair setiap minggu.

    teknik mudah untuk mengetahui bilakah petunia boleh dipindahkan ke pasu yang lebih besar ialah dengan melihat kepadatan akar selirat di dalam pasu.

    InsyaAllah jangka hayat petunia akan menjangkau 2 tahun atau lebih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam