Tanaman Berkhasiat Antioksidan

Antioksidan merupakan unsur penting dalam penjagaan kesihatan tubuh kerana ia berfungsi dalam membentuk satu unsur yang boleh bertindak menstabilkan radikal bebas. Walaupun tubuh manusia menghasilkan unsur antioksidan, tetapi ia tidak mencukupi uhtuk bersaing dengan radikal-radikal bebas yang dihasilkan oleh tubuh setiap hari. Kekurangan antioksidan ini boleh diatasi dengan pengambilan unsur-unsur daripada luar. Amalan pemakanan yang seimbang seperti tidak memakan daging dan kerap memakan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah sangat membantu dalam mengurangkan risiko keracunan akibat radikal bebas. Selain itu, antioksidan juga saling bersaing sesama sendiri dan perlu diambil dalam jumlah yang tepat. Sebagai contoh, sumber antioksidan yang terbaik adalah vitamin A, C, E, dan mineral-mineral seperti selenium dan zink, tetapi antioksidan dari tanaman herba juga amat diperlukan dalam menghasilkan serat yang diperlukan oleh tubuh badan.
Terdapat beberapa jenis herba yang cukup terkenal dan mempunyai aktiviti antioksidan yang cukup tinggi, contohnya adalah seperti berikut:

=> Billberry mengandungi sebanyak 36% unsur antosianosida dan sangat penting untuk kesihatan mata. Bawang putih (Allium sativum) boleh diambil dalam bentuk segar sebanyak 1 ulas atau lebih sehari atau sebanyak 2 g jika diambil dalam bentuk ekstrak. Bawang putih boleh meningkatkan sistem ketahanan, membunuh sel kanser, mengatur tekanan darah dan kolesterol serta mencegah angin ahmar. Ginkgo (Ginkgo biloba) boleh diambil dalam bentuk kapsul atau larutan sebanyak 120 mg/hari. Ginkgo membantu meningkatkan peredaran darah terutama di dalam aliran darah ke otak. Hasil kajian menunjukkan bahawa ginkgo boleh mencegah penyakit alzheimer.
Ginseng asia (Panax ginseng) disediakan dalam bentuk minuman dan diminum sebanyak 2 atau 3 cawan/hari atau jika dalam bentuk kapsul diambil sebanyak 250-500 mg/hari. Kapsul yang digunakan adalah kapsul yang telah ditetapkan. Ginsenosida yang terkandung di dalamnya berkhasiat untuk mengatur tekanan darah, mengurangkan kesan flzikal, mengendalikan emosi dan tekanan serta mengembalikan fungsi tubuh. Ekstrak biji anggur yang berasal dari biji anggur merah dan biru diambil dalam bentuk kapsul sebanyak 30-150 mg/hari dan dibahagikan penggunaannya mengikut sukatan yang sesuai. Ekstrak biji anggur memiliki fungsi melindungi pembuluh darah, meningkatkan peredaran darah, mencegah penggumpalan darah dan menurunkan kadar kolesterol.
Teh hljau (Camellia sinesis) diminum sebanyak 2-3 Cawan/hari atau diambil dalam bentuk kapsul Itbanyak 250 g/hari. Kapsul yang digunakan s mampunyai unsur polifenol sebanyak 97%. Manfaat hljau adalah untuk membantu mencegah barah kullt, paru-paru dan perut; menurunkan tekanan darah dan kadar LDL kolesterol; mencegah penyakit hati (liver); dan meningkatkan fungsi ketahanan dalam mencegah selesema.
=> Kulit pokok pain (Pinus sp.) yang telah diekstrak dan diproses dalam bentuk kapsul, pengambilan sebanyak 30-150 mg/hari dan dibahagikan penggunaannya mengikut sukatan yang sesuai. Kulit pain bermanfaat untuk melindungi kapilari darah, mencegah penggumpalan darah dan menurunkan kadar kolesterol. Dalam pasaran, produk kulit pain dikenali sebagai piknogenol.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4721

3 comments

  1. Satu miskonsepsi tentang makanan… ramai org tak belaja tentang Gastro intestinal system and digestion system… tak lupa juga why antioxidants are called antioxidants.

    whatever it is… too many health care products are in the market… but too little eduction is done. Org tau ke pasal system pencernaan? berapa byk bhn aktif dalam supplement BANYAK ANTIOXIDENT actually effective bila masuk dlm badan? does it cross certain physiological barriers in the body? Does it go thru first pass effect? Ada ke product buatan bumi buat semua kajian tu? I doubt it. For prescription drugs… it takes years decades before mass production… research… stages of clinical trials…… supplements asalkan ada research kata byk content itu dan ini (byk content itu dan ini je… tade pun research pasal digestion, absorption)… esk pagi ada la dlm shelf. The Malaysian way.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam