Tanam Kangkung

Artikel kali ini saya ingin berkongsi mengenai sayur kangkung yang pernah ditanam lebih 2 tahun yang lalu. Sudah lama saya tidak menanam sayur kangkung. Apabila terlalu banyak makan kangkung menyebabkan rasa jemu itu datang. Jadi, saya akan bertukar dengan menanam pokok yang lain pula.

Kangkung atau nama saintifiknya Ipomoea aquatica tergolong dalam family Convolvulaceae. Satu famili dengan ubi keledek ( Ipomoea batatas). Kangkung merupakan tanaman sayur yang mudah ditanam menggunakan biji. Kangkung boleh ditanam terus di atas tanah atau juga di dalam pasu.

Tanaman Kangkung kebiasaannya memerlukan air yang agak banyak bagi mempercepatkan pertumbuhannya. Selain itu, pastikan anda meletakkan sedikit baja hijau atau baja untuk daun. Apabila berumur 3-4 minggu, kangkung sudah boleh dituai. Kangkung yang segar, sangat sedap apabila terus di masak.

Sampai sini sahaja perkongsian yang tidak seberapa mengenai kangkung. Jika ada terkurang, mohon di maafkan. Artikel akan datang saya akan kongsikan beberapa jenis kangkung yang terdapat di pasaran.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :1056

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam