Tahukah anda nama pokok ini?

pokok

Semalam saya ada menerima beberapa gambar kiriman oleh saudara Abu Bakar. Beliau bertanyakan nama pokok ini dan kegunaannya. Menurutnya juga, pokok ini dikatakan dapat mengubati kencing manis namun beliau sendiri belum dapat dipastikan..

pokok3

Saya sendiri biasa tengok pokok ini tetapi masih belum dapat namanya lagi. Mungkin anda juga biasa melihatnya.. Jika anda tahu mengenai pokok ini, di harap sedikit sebanyak membantu saudara Abu…

Number of View :32829

62 comments

  1. Setahu saya pokok ini dipanggil pokok Bismillah. Kalau pokok sambung Nyawa daunnya agak kecil dan batang lembut.
    Pokok ini boleh dibuat ubat darah tinggi dan kencing manis.
    1 helai daunnya direndam dalam air panas. Bila sejuk/suam diminum setiap pagi selepas sarapan. Yang pelik jika makan daun mentah ianya terasa amat pahit tetapi bila direndam dalam air panas rasa pahitnya berkurangan,
    Cubalah Insya Allah mujarab. Untuk bertambah mujarab sila mulakan dengan baja Bismillah, selawat 3 kali dan niatkan untuk mengubat sakit apa? kemudian minum.

  2. Tempat kami kuantan-terengganu pokok ini dpanggil pokok bismillah atau ketum cina.baik utk darah tinggi dan kencing manis

  3. Assalamualaikum,
    Saya sekarang sedang amalkan minum air pokok bismillah. Untuk sekali minum saya rebuskan 4 helai daun bismillah dan saya amalkan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Betul ke cara saya ni? Setakat ni tekanan darah saya dah turun.

  4. Assalamu’alaikum,

    Nampak macam daun capa tetapi daun capa ukuran saiznya lebih dari tapak tangan dan berbulu diatas serta dibawahnya, kalau saiz daunnya kecil memang pokok Afrika lah

  5. Nama Tempatan: Sambung Nyawa
    Nama Saintifik: Gynura procumbens
    Nama Lain: Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mollucan spinach,Sambung nyawa, Daun Dewa, am Akar, Akar sebiak, and Kelemai merah, bai bing cao
    Famili: Asteraceae

    kegunaan:
    Mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit,kencing manis dan kanser.Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang.

  6. Dirumah saya tanam pokok ini tapi bapa saya (dari kedah) kata bukan Sambung Nyawa tapi Sabung Nyawa. Memang saya amalkan 2 hari sekali memakan daunnya. Dua helai sekali makan. Rasanya pahit kemudian manis. Tekanan darah memang jadi normal.

  7. Saya ada menanam pokok Bismillah ini, tumbuh merimbun hampir seratus batang tegak tinggi berdiri di Masjid Al Ikwaniah Taman Cheras Utama. Org kita Tak ramai tahu kegunaannya berbanding Cina yg rata rata ada menananamnya dihaman rumah dengan daunnya yg sudah togel kerana selalu diambil daunnya.Senang hidup menggunakan keratan batang. Dialualukan utk dtg mengambilnya sendiri kerana daunnya semahidup kin subur seolah menanti utk berbakti…Org afrika suka daun ini menamakannya sebagai Pita Leaf mereka makan buat soup bersama Maggi.

  8. Pak Ngah ada tanam pokok ketum cina namanya ubat
    Kerap kencing tak sempat ke tandas kadang terkucil kat seluar
    Pak ngah amalkan minun rendaman daun ketum cina segelas
    Pagi segelas malam baik dalam 3 ke 4 bulan. Rendam dgn
    Air panas. Amalkan dah baik minum seminggu sekali. Insallah.

  9. Pokok Bismila ini boleh turun can gula di darah tapi kencing manis tak akan sembuh. 20 tahun kencing manis saya sudah sumboh dalam hanya 48 jam sahaja. Kalay bayar saya $200 singapore dollar, saya kan ajar awak. Kalau nak free jumpa doctor. Tunggu doctor potung kaki atau kindey dan mata rosak. email saya die haja91612123#gmail.com

  10. ada org pgl ketum cina…nama lain pokok bismillah…dan ada yg pgl pokok afrika….semua btol…utk ubat darah tinggi n diabetis….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam