Berkebun dalam rumah

Ramai diantara kita yang secara lumrahnya berminat dengan aktiviti bercucuk tanam tetapi memberikan alasan tidak dapat berkebun kerana mempunyai ruang kawasan yang sempit di luar rumah serta tiada masa untuk menjaga tanaman disebabkan sibuk dengan tugasan harian. Pada zaman sekarang seiring dengan teknologi pertanian yang semakin meningkat, perkara tersebut tidak lagi perlu dirisaukan. Anda kini boleh bertanam di dalam rumah dan tidak memerlukan ruangan yang besar.

Teknologi Plant Factory (kilang tanaman) merupakan alternatif baru kepada pembangunan sektor pertanian di Malaysia.  Teknologi ini merupakan kaedah tanaman secara menegak (vertical farming) yang boleh diaplikasikan di dalam kawasan terkawal samada di dalam bangunan industri mahupun di dalam unit kediaman. Teknologi ini diinspirasikan daripada negara Jepun sekitar tahun 2004 setelah berlakunya bencana alam di Fukushima, Jepun.

Penanaman secara menegak (vertical farming) samada melalui kaedah hidroponik atau Nutrient Film Technique (NFT) merupakan teknik yang dapat memaksimumkan ruang yang ada. Persekitaran terkawal merupakan aspek penting menentukan kejayaan dalam kilang tanaman. Faktor pencahayaan dalam kilang tanaman merupakan elemen utama bagi memastikan tanaman menerima cahaya secukupnya. Pencahayaan menggunakan lampu LED (Light Emitting Diode) berterusan selama enam belas (16) jam sehari mampu mempercepatkan tempoh tuaian hasil tanaman berbanding kaedah biasa (konvesional). Kawalan suhu menggunakan penghawa dingin dapat mengekalkan suhu persekitaran antara 25°C -27°C.

Antara kebaikan penanaman secara kilang tanaman ini ialah dapat mengelakkan serangga perosak tanaman dan seterusnya mengelakkan penggunaan bahan racun makhluk perosak yang berbahaya. Selain itu, kualiti sayur yang lebih baik juga dapat dihasilkan. Antara sayur-sayuran yang boleh ditanam adalah seperti sayur kailan, sawi, pakchoy dan salad. Tanaman herba seperti daun pudina, selasih, stevia, dan pelbagai lagi jenis herba juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini. Dengan kaedah ini, penjagaan tanaman dapat dilakukan secara minimum dan anda tidak perlu risau dengan ancaman dari luar seperti perosak tanaman dan cuaca yang tidak menentu.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :236

Kaedah Tanaman Vertical Farming

Kaedah tanaman secara menegak atau Vertical Farming merupakan teknik tanaman yang diinspirasikan oleh negara Jepun setelah berlakunya bencana alam di Fukushima, Jepun pada 2004. Pendekatan teknologi ini merupakan kaedah yang dapat membantu meningkatkan hasil produktiviti tanaman di dalam kawasan yang terhad khususnya tanaman sayuran.
Bagi yang ingin memahami serba sedikit tentang penanaman sayur-sayuran secara ‘Vertical Farming‘ ini bolehlah merujuk Buku ini sebagai bahan bacaan. Ia sedikit sebanyak menjelaskan mengapa perlu menanam sayur secara menegak. Antaranya ialah ia dapat mengurangkan kerja-kerja merumput, menjimatkan masa dan wang dan mengeluarkan hasil yang lebih baik. Selain itu, ia juga menunjukkan jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam, kaedah penjagaan dan banyak lagi..

Banyak lagi yang boleh anda belajar dalam buku ini. Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut; bolehlah download buku ini menggunakan link di bawah; 

Vertical Farming (121 downloads) Number of View :411